Rabu, 28 Januari 2015
Ceramah Motivasi Kecemerlangan STPM 2015
28 Januari 2015 : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bagi mengisi slot Haluan Pewaris di bawah Program Bersama Membantu Rakyat (MEMBARA).
Program ini telah diadakan khusus buat para Pelajar Tingkatan Enam yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2015 ini.
Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda Menuju Kecemerlangan". Pelbagai Tips-Tips Kejayaan telah dikongsikan bersama pelajar, di antaranya :
1. Sentiasa Positif
2. Mulakan Hidup Dengan Matlamat
3. Dahulukan Perkara Yang Penting dan Mustahak
4. Fikirkan Kebaikan Semua
5. Memahami Semua Insan Lain
6. Bekerjasama
7. Mantapkan Keupayaan Diri; dan
8. Motivasikan Diri.
Program ceramah beliau telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi.
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan