Khamis, 22 Januari 2015

Ceramah Motivasi Komunikasi & Etika di Institut Veterinar Malaysia


21 Januari 2015, Kluang : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan khusus buat para Pelajar baru Institut Veterinar Malaysia (IVM), Kluang, Johor Darul Takzim. Program ini telah berlangsung di Dewan Auditorium IVM di Kluang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kemahiran Komunikasi dan Etika Berpakaian".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: