Khamis, 10 Mac 2016

Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah di Surau Kg. Gedang, Kuala Pilah


10 Mac 2016, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah telah dilangsungkan di Surau Kampung Gedang, Kuala Pilah. Program ini telah berlangsung mulai selepas Solat Maghrib hinggalah ke jam 10.00 malam. Turut hadir ke program ini adalah YB Dato' Abdul Samad Ibrahim dan juga YBhg Dato' Hj Ibrahim Jaya.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Mencontohi Sifat Serta Akhlak Mulia Nabi Muhammad SAW".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: