Rabu, 2 Mac 2016

Ceramah Motivasi "Pelajar CHAMPION" UPSR 2016 di MPN Nilai


3 Mac 2016, Nilai : Satu Program Ceramah Motivasi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 telah diadakan khusus buat para pelajar Tahun 6 dari sekolah seluruh kawasan Nilai. Program ini telah berlangsung di Bilik Latihan, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) di mana Jabatan Hal Ehwal Komuniti, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang diketuai oleh En. Saiful Azuar bin Ahmad Jadi telah bertindak selaku urusetia serta penyelaras program ini.

Penceramah yang telah diundang untuk menyampaikan ceramah kali ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Motivasi pelajar CHAMPION". Pelbagai tips serta panduan telah dikongsikan bersama sekalian yang hadir ke program ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: