Isnin, 21 Mac 2016

Ceramah Motivasi Komunikasi : Pengucapan Awam Siri II (Praktikal) di Pejabat Daerah dan Tanah, Tampin


16 Mac 2016, Tampin : Satu Program Bengkel Pengucapan Awam Siri II sebagai lanjutan daripada Siri I yang berlangsung pada 9 Mac yang lalu telah diadakan sekali lagi di Pejabat Daerah dan Tanah Tampin. Program kali ini menyaksikan para peserta menyempurnakan tugasan penyampaian pengucapan awam berdasarkan tajuk yang telah diberikan oleh Tuan Penceramah.

Sekali lagi, Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) diberikan kepercayaan untuk mengendalikan slot ini. Slot praktikal ini telah disambut baik oleh para peserta kerana para peserta diberi peluang untuk menilai prestasi masing masing dalam mempersembahkan pengucapan awam masing-masing.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: