Selasa, 17 November 2009

Seminar Pengurusan Keluarga di ILIM

Pada 17 November 2009, Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail (Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia) telah dipelawa sekali lagi untuk menyampaikan ceramah berkenaan pengurusan keluarga. Ceramah telah berlangsung di Bilik Khawarizmi di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Slot ceramah Saudara Syamsul bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Ceramah yang berlangsung meriah dengan gelak ketawa ini benar-benar menghidupkan suasana kursus.
.
Saudara Syamsul menyampaikan ceramah yang bertajuk "Pengurusan Konflik Suami Isteri". Menurut Saudara Syamsul, pengurusan konflik ini sangat penting, kerana ia mengakibatkan kepada kestabilan sesebuah rumahtangga. "Konflik ini sangat berkaitan rapat dengan expectation seseorang kepada pasangannya. Apabila setting of expectationnya salah pasti ia akan mengakibatkan konflik. Dan konflik ini jika dibiarkan mampu mengancam keharmonian sesebuah rumah tangga", ujar beliau.
.
Saudara Syamsul agak kerap dijemput hadir ke program-program ceramah anjuran ILIM dan sentiasa mendapat tempat di hati penganjur-penganjur dek kerana teknik ceramahnya yang sentiasa menggunakan pendekatan analogi serta kisah-kisah teladan yang biasanya melucukan untuk dijadikan pengajaran buat peserta. Itulah kelebihan beliau.
.
Para peserta sudah bersedia di bilik kuliah
Para peserta datangnya daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan
Peserta tidak ketinggalan bersedia membuat catatan di sepanjang program berlangsung
Ketibaan Saudara Syamsul disambut oleh urusetia yang menyediakan bahan powerpoint untuk dipancarkan
Pengerusi Majlis mengambil butiran peribadi Saudara Syamsul
Para peserta mula memenuhi ruang bilik kuliah
Pengerusi Majlis mengambil data peribadi Saudara Syamsul dengan panjang lebar
Saudara Syamsul memulakan sesi yang dinantikan semua
ceramah bertajuk "Pengurusan Konflik Suami Isteri"
Beginilah keadaan setelah ceramah bermula
Para peserta mendengar dengan penuh tekun dan minat
Saudara Syamsul menyampaikan ceramah dengan teknikal dan gaya tersendiri
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Isnin, 16 November 2009

Seminar "Peremajaan Ideologi" Anjuran KEMAS Kuala Pilah

Satu seminar telah dianjurkan oleh KEMAS Bahagian Kuala Pilah pada 16 November 2009 bertempat di Hotel Desa Inn. Kuala Pilah. Seminar 'Peremajaan Ideologi' yang bertajuk "Kenegaraan Malaysia: Isu dan Cabaran" ini telah disertai oleh lebih 40 orang Ketua dan Ketua Wanita UMNO Cawangan yang datangnya daripada keseluruhan DUN Senaling. Seminar ini telah disampaikan oleh Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail yang mewakili Biro Penerangan UMNO Malaysia.
.
Seminar ini telah bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan Ceramah slot 1 pada jam 9.30 pagi. Ceramah ini telah berhenti rehat seketika pada jam 11.00 pagi, bagi memberi laluan kepada upacara perasmian pada jam 11.00 pagi oleh YB Dato Hj Ismail bin Hj Lasim, yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga merupakan YB DUN Senaling.
.
Seminar telah bersambung semula pada jam 11.45 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang dengan diakhiri dengan soalan-soalan kuiz yang datangnya daripada penceramah kepada para peserta.
.
Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pn. Zakiah bagi mewakili KEMAS Kuala Pilah. Setelah selesai majlis penyampaian sijil kesemua para peserta telah menikmati jamuan makan tengahari sebelum bersurai ke destinasi masing-masing.
.
Suasana ketika peserta baru tiba di Desa Inn
Masih terdapat ruang kosong sebelum seminar bermula
Para peserta sudah memenuhi bilik seminar bagi memulakan program
Para peserta mendengar ceramah dengan penuh fokus dan penumpuan
Para peserta kelihatan membuat catatan semasa ceramah sedang dilangsungkan
YB Datuk Hj Ismail bin Hj Lasim yang berkesempatan hadir merasmikan program
Di dalam ucapan YB Datul Ismail sempat mengingatkan tanggungjawab pemimpin-pemimpin masyarakat terhadap rakyat
YB Datuk Hj Ismail menyampaikan cenderamata kepada wakil peserta
En. Abdullah Baharom (Ketua UMNO Cawangan Felda Kepis) menyampaikan ulasan dan pandangan selaku wakil peserta.
Pn. Zakiah menyampaikan ucapan penutup program
Pn. Zakiah menyampaikan sijil-sijil kepada peserta













Suasana semasa waktu makan tengahari
Urusetia menjamu hidangan dengan penuh berselera. Apa tidaknya lauk Udang Galah masak lemak cili api, daging masak merah dan ayam goreng berlada. Memang menyelerakan.
.
Adalah diharapkan program-program seperti ini akan terus diadakan bagi memberikan kesedaran serta suntikan baru kepada pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan agar sedar tentang peranan mereka selaku perantara di antara pemimpin di peringkat atasan dengan rakyat.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Ahad, 8 November 2009

Negeri Sembilan Akhiri Penantian 61 Tahun!!

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA TAHUN 2009
.
KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Negeri Sembilan berjaya menjulang Piala Malaysia, piala paling berprestij dalam saingan Liga Malaysia, setelah menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu malam.Kemenangan ini membolehkan Negeri Sembilan menamatkan penantian selama 61 tahun setelah kali terakhir mendakapnya pada 1948 ketika piala itu dikenali sebagai Piala H.M.S. Malaya.
.

Piala Malaysia Yang Dirangkul Oleh Pasukan Negeri Sembilan

.

Status 'underdog' nyata tidak menjejas corak permainan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu apabila membuka jaringan seawal minit ke-18.

.

Pemainnya, Shahurain Abu Samah berjaya melepaskan rembatan kencang di dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohd Halim Napi setelah kesilapan dilakukan pemain pertahanan lawan, Mohd Zamri Ramli sekaligus menceriakan kira-kira 15,000 penyokong Negeri Sembilan.

.
Tersentak dengan gol itu, Kelantan yang ditemani sekurang-kurangya 70,000 penyokongnya terus memperkemaskan permainan yang berlangsung dalam hujan renyai dengan melancarkan beberapa serangan namun gagal memecahkan benteng lawan yang diketuai oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Syukor Adan.

Shahurain Abu Samah ketika meraikan gol pertama pasukan
.

Negeri Sembilan turut berpeluang untuk menambah jaringan dengan pemain pinjamannya dari T-Team, Hairuddin Omar mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang namun dikecewakan Mohd Halim untuk kedudukan kekal 1-0 separuh masa pertama.

.
Bersambung babak kedua, 'The Red Warriors' yang terdesak untuk mencari gol penyamaan mengeluarkan dua penyerangnya, Norhisham Hassan dan Mohd Nizad Ayub dengan memasukkan dua penyerang berpengalaman iaitu Che Hishammuddin Hassan dan Mohd Khalid Jamlus.

.
Namun Negeri Sembilan semakin garang apabila Hairuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-46 setelah bijak meloloskan diri daripada pertahanan Kelantan hasil hantaran Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.
.
Pada minit ke-58, Negeri Sembilan mengesahkan kemenangan apabila penyerang kebangsaan Mohd Zaquan menyempurnakan sepakan penalti setelah Shahurain dijatuhkan Mohd Zamri dalam kotak penalti.
.

Penyokong Kelantan tidak dapat mengawal emosinya dengan melemparkan mercun

.
Gol itu menyebabkan sebahagian besar penyokong Kelantan bertindak meninggalkan stadium dan sesetengahnya membakar bendera, kain rentang, kerusi dan mercun.Penyerang berbisa The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin akhirnya menjaringkan gol untuk Kelantan pada minit ke-93 (masa tambahan) setelah menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti sekaligus merupakan penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan 11 gol.
.
Pasukan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia yang penuh prestij ini
.
Kekalahan ini menambah lagi duka Kelantan musim ini setelah tewas kepada Selangor pada perlawanan akhir Piala FA, April lepas malah pasukan pantai timur itu tidak pernah menjulang Piala Malaysia sejak ia diperkenalkan 88 tahun lepas.
.
Berangkat menyaksikan perlawanan itu adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir; Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra; dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra.Mengulas mengenai perlawanan itu, Wan Jamak berkata gol awal memang diperlukan mana-mana pasukan jika beraksi di perlawanan akhir dan Shahurain berjaya merealisasikannya."Gol itu dapat menentukan hala tuju permainan pasukan dan serta merta dapat mengubah corak permainan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata pemain-pemain Negeri Sembilan telah membuktikan mereka mempunyai jati diri dan kekuatan mental yang tinggi walaupun berdepan dengan ribuan penyokong lawan."Saya memang berkeyakinan untuk menang jika berdasarkan perlawanan-perlawanan yang dilalui sepanjang saingan Piala Malaysia namun tidak mahu terlalu yakin," katanya yang turut berbangga dengan rekod Negeri Sembilan merupakan satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah pada Piala Malaysia.

Kerusi-kerusi turut dibakar oleh penyokong pasukan Kelantan

.
Sementara jurulatih Kelantan, B.Sathinathan berkata gol kedua lawan telah menyebabkan pemain-pemainnya lemah semangat untuk kembali melawan."Saya juga menghadapi kesukaran untuk menukarkan Mohd Zamri di bahagian pertahanan walaupun beliau telah melakukan beberapa kesilapan kerana terikat kepada peraturan.Mohd Zamri merupakan pemain bawah 19 tahun di mana Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mensyaratkan perlu ada seorang pemain bawah umur itu sepanjang permainan, masalahnya seorang lagi pemain Kelantan merupakan penyerang," katanya.

Ribuan penyokong Negeri Sembilan yang meraikan kejayaan menjulang Piala Malaysia

.
Akhir kata, tahniah buat seluruh rakyat Negeri Sembilan dengan kemenangan ini, ini bermakna berakhirlah sudah hasrat kita untuk merangkul piala ini setelah 61 tahun lamanya. HOBEN JANG HOBEN!!!
.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2009

Satu Pertandingan Debat merebut Piala Tun Abdul Razak telah diadakan di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban pada 7 hingga 8 November 2009. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori Bahasa Melayu dan Kategori Bahasa Inggeris. Pertandingan yang telah berlangsung selama dua hari ini telah disertai oleh beberapa buah Sekolah Berasrama Penuh daripada seluruh negara.
.
Pertandingan ini telah dibuka kepada pelajar-pelajar yang berumur 15 tahun dan ke bawah khusus untuk memberi pendedahan kepada pendebat-pendebat muda. Ini juga memberi peluang kepada bakat-bakat baru bertanding serta mengisi masa terluang pelajar-pelajar yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
.
Hasil daripada pemerhatian, ramai pendebat-pendebat baru yang mempunyai bakat serta berpotensi untuk diketengahkan. Malahan, jika dididik dengan betul, tidak mustahil mereka mampu menjuarai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan pada masa akan datang.
.
Di dalam kategori Bahasa Inggeris, pasukan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) telah diisytiharkan johan setelah menewaskan pasukan tuan rumah Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) di pertandingan akhir. Adik Fatihah daripada SEMASHUR pula telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik.
.
Manakala bagi pertandingan Debat Bahasa Melayu pula Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) mengungguli pertandingan akhir apabila bergelar juara dengan menewaskan pasukan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang di pertandingan akhir. Pasukan SDAR yang bertindak selaku pihak kerajaan menumpaskan pasukan SMAP Kajang dengan usul yang diperdebatkan "Prasarana Kita Kelas Pertama: Minda Kelas Kedua". Adik Thalha pula daripada SDAR telah diumumkan sebagai pendebat terbaik pertandingan akhir.
.
Saudara Syamsul (Presiden ADAM), Hanif Osman (JK Tertinggi ADAM) dan Ridhwan (Peguam Syar'ie) telah bertindak selaku hakim Pertandingan Akhir bagi kategori Bahasa Melayu.
.
Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya. Kepada yang gagal jangan putus asa, cuba lagi di lain masa.
.
Berikut dikongsikan bersama-sama gambar-gambar semasa hari pertandingan
.
7 November 2009
(Peringkat Kumpulan)
.
Saudara Mohamad memerikan taklimat kepada peserta sebelum pertandingan bermula
Di antara peserta yang tidak sabar untuk memulakan pertandingan
Di antara peserta-peserta debat yang telah hadir di dewan SDAR
Pertemuan pasukan Sekolah Menengah Sains Alam Shah bertemu pasukan SMAP Kajang
Pasukan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
Pasukan SMAP Kajang
Pasukan Sekolah Menengah Sains Sultan Alam Shah
Sekollah Menengah Sultan Muzaffar Shah (MOZAC)
Saudara Hanif Osman memberikan komentar kepada pesertaKomen panjang lebar diberi demi mendidik peserta menjadi lebih baik
Aksi pendebat Bahasa Inggeris SEMASHUR
Pasukan Debat Bahasa Inggeris SDAR
Memberikan komen kepada pasukan SMAP K bertemu SM SAS
Di antara penonton yang datang memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing
Di antara hakim pertandingan Debat Bahasa Inggeris
Lagi hakim Bahasa Inggeris di bilik yang lain
Lagi aksi pendebat Bahasa Inggeris
.
8 November 2009
Pertandingan Akhir
.
Pasukan SDAR selaku pihak Kerajaan di Pentas Akhir
Pasukan SMAP Kajang selaku pihak Pembangkang
Yang DiPertua Dewan di Pentas Akhir
.
.
.
.
Dilaporkan oleh : EDITOR