Selasa, 3 November 2009

Ceramah Pengurusan Keluarga di ILIM, Bangi

Pada 3 November 2009, Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail selaku wakil daripada Intellectual Orator Consultant (IOC), telah dipelawa menyampaikan ceramah di dalam satu kursus yang dijalankan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi. Peserta-peserta yang merupakan kakitangan JAKIM yang bertugas di seluruh Malaysia dan datangnya dari pelbagai Jabatan berkursus di ILIM mulai dari 2 hingga 5 November 2009. Saudara Syamsul yang seringkali dipelawa berceramah di sini kali ini dijemput untuk menyampaikan dua slot ceramah di ILIM pada 3 November 2009.
Saudara Syamsul menyampaikan dua ceramah iaitu dengan tajuk "Komunikasi Suami Isteri Serta Kepentingannya di Dalam Perkahwinan", beliau menyampaikan ceramah selama dua jam mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Ceramah ini kemudiannya berehat bagi memberikan laluan kepada peserta dan penceramah untuk makan tengahari serta solat Zohor dan kemudiannya disambung pada jam 2.30 petang. Di sebelah petangnya Saudara Syamsul menyambung ceramah dengan tajuk "Kemahiran Keibubapaan".
Saudara Syamsul menyatakan bahawa, "Kedua-dua tajuk ini, saling berkaitan. Komunikasi yang baik akan membawa kesan terhadap kemahiran ibu dan bapa di dalam mendidik anak-anak. Jika teknik komunikasinya bermasalah, maka sudah tentunya akan membawa masalah kepada kedua ibu bapa untuk memberikan didikan dan tunjuk ajar yang sempurna kepada pelajar terbabit." Beliau turut menambah bahawasanya, setiap permasalahan keluarga yang timbul pada hari ini adalah berpunca daripada masalah komunikasi. "Komunikasi ini bolehlah dikatakan sebagai masalah 'major' di dalam konflik dan pertikaian rumahtangga. Dan, jika ini dititik beratkan, nescaya banyak institusi rumahtangga boleh diselamatkan daripada runtuh". Beliau berkata demikian sebaik sahaja ditanya oleh Editor sebaik sahaja beliau selesai menamatkan ceramahnya pada jam 4.30 petang.
Pengacara Majlis mendapatkan biodata Saudara Syamsul sebelum memulakan ceramahnya
Para peserta dari pelbagai Jabatan yang kelihatan sudah bersedia
Saudara Syamsul kelihatan sudah bersedia memulakan ceramah
Saudara Syamsul menyampaikan ceramah Slot Pertama "Komunikasi Suami Isteri"
Para peserta mendengar penuh tekun dan fokus ketika ceramah disampaikan
Suasana keseluruhan kelas ketika EDITOR merakamkan gambar dari belakang kelas
Saudara Syamsul menyampaikan ceramah dengan cara yang sangat bersahaja
Pada sebelah petangnya Saudara Syamsul menyambung dengan Slot "Kemahiran Keibubapaan"
********************************************************************************************
Disediakan Oleh : EDITOR

Tiada ulasan: