Isnin, 16 November 2009

Seminar "Peremajaan Ideologi" Anjuran KEMAS Kuala Pilah

Satu seminar telah dianjurkan oleh KEMAS Bahagian Kuala Pilah pada 16 November 2009 bertempat di Hotel Desa Inn. Kuala Pilah. Seminar 'Peremajaan Ideologi' yang bertajuk "Kenegaraan Malaysia: Isu dan Cabaran" ini telah disertai oleh lebih 40 orang Ketua dan Ketua Wanita UMNO Cawangan yang datangnya daripada keseluruhan DUN Senaling. Seminar ini telah disampaikan oleh Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail yang mewakili Biro Penerangan UMNO Malaysia.
.
Seminar ini telah bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan Ceramah slot 1 pada jam 9.30 pagi. Ceramah ini telah berhenti rehat seketika pada jam 11.00 pagi, bagi memberi laluan kepada upacara perasmian pada jam 11.00 pagi oleh YB Dato Hj Ismail bin Hj Lasim, yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga merupakan YB DUN Senaling.
.
Seminar telah bersambung semula pada jam 11.45 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang dengan diakhiri dengan soalan-soalan kuiz yang datangnya daripada penceramah kepada para peserta.
.
Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pn. Zakiah bagi mewakili KEMAS Kuala Pilah. Setelah selesai majlis penyampaian sijil kesemua para peserta telah menikmati jamuan makan tengahari sebelum bersurai ke destinasi masing-masing.
.
Suasana ketika peserta baru tiba di Desa Inn
Masih terdapat ruang kosong sebelum seminar bermula
Para peserta sudah memenuhi bilik seminar bagi memulakan program
Para peserta mendengar ceramah dengan penuh fokus dan penumpuan
Para peserta kelihatan membuat catatan semasa ceramah sedang dilangsungkan
YB Datuk Hj Ismail bin Hj Lasim yang berkesempatan hadir merasmikan program
Di dalam ucapan YB Datul Ismail sempat mengingatkan tanggungjawab pemimpin-pemimpin masyarakat terhadap rakyat
YB Datuk Hj Ismail menyampaikan cenderamata kepada wakil peserta
En. Abdullah Baharom (Ketua UMNO Cawangan Felda Kepis) menyampaikan ulasan dan pandangan selaku wakil peserta.
Pn. Zakiah menyampaikan ucapan penutup program
Pn. Zakiah menyampaikan sijil-sijil kepada peserta













Suasana semasa waktu makan tengahari
Urusetia menjamu hidangan dengan penuh berselera. Apa tidaknya lauk Udang Galah masak lemak cili api, daging masak merah dan ayam goreng berlada. Memang menyelerakan.
.
Adalah diharapkan program-program seperti ini akan terus diadakan bagi memberikan kesedaran serta suntikan baru kepada pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan agar sedar tentang peranan mereka selaku perantara di antara pemimpin di peringkat atasan dengan rakyat.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: