Ahad, 1 November 2009

Program "Motivasi Kecemerlangan Pendidikan" di Hotel Orkid, Melaka

Program "Motivasi Kecemerlangan Pendidikan" di Hotel Orkid, Bandaraya Melaka
**********************************************************************************

Pada 30 Oktober hingga 1 November 2009, sekali lagi Intellectual Orator Consultant (IOC) telah dipilih untuk mengendalikan Kursus bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar. Program yang berlangsung selama 3 hari dan dua malam ini telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kecil Gemas, Negeri Sembilan. Kursus ini telah disertai kira-kira 28 orang pelajar yang merupakan anak-anak di bawah program PPRT di dalam Daerah Gemas.


Pada 30 Oktober 2009, kursus telah dikendalikan sepenuhnya oleh Saudara Kamaruzaman Yaacob (Eksekutif Tugas-Tugas Khas, IOC) dan juga Saudara Md. Yusof Alias (Eksekutif Liason, IOC). Perjalanan kursus nyata menyeronokkan yang penuh dengan aktiviti, games serta pengisian yang diselitkan di dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Pada 30 Oktober, Saudara Kamaruzaman dan Saudara Yusof hanya menjalankan sesi suaikenal dan brainstorming bagi menetapkan hala tuju serta minda pelajar agar fokus di dalam apa yang hendak dicapai di dalam Kursus yang bakal dijalankan.


Pada 31 Oktober 2009, Saudara Syamsul (Eksekutif Latihan) telah memulakan ceramah dengan Slot 1 di bawah tajuk "Pembentukan Kecemerlangan Pelajar", di dalam slot ini memfokuskan tentang betapa penting kejayaan dan kecemerlangan dibentuk bagi menjadikan ia salah satu batu loncatan ke arah merubah hidup para peserta dan seterusnya dapat keluar daripada gelombang kemiskinan.


Kemudiannya, pada jam 11.00 pagi Saudara Syamsul meneruskan sesi dengan Slot kedua dengan tajuk "Pengurusan Masa". Menerusi slot ini, Saudara Syamsul mengingatkan pelajar betapa banyaknya masa yang telah dibazirkan dan tidak boleh dibazirkan lagi, kerana bimbang pelajar akan menjadi manusia yang sangat rugi. Ini kerana banyak ruang dan peluang untuk berjaya akan dilepaskan begitu sahaja jika pelajar banyak membuang, masa. Menerusi slot ini juga Saudara Syamsul mengajar para pelajar tentang cara menguruskan masa dengan memberi tunjuk ajar menyediakan jadual waktu yang betul, serta menunjukkan apakah kesilapan yang biasa dilakukan ketika menyediakan jadual waktu.


Pada sebelah petangnya, iaitu pada jam 2.30 petang, Saudara Syamsul membentangkan tajuk "Motivasi Kecemerlangan Pelajar" di dalam slot yang ketiga sebagai satu usaha mencungkil semangat dan keinginan pelajar untuk menjadi manusia yang berjaya. Dan Saudara Syamsul turut sentiasa mengingatkan peserta betapa pentingnya para pelajar menerapkan semangat "INGIN BERUBAH" di dalam diri sendiri, kerana jika ini tidak ada para pelajar, maka sia-sialah usaha ibu bapa, guru-guru dan kerajaan yang banyak berbelanja dan berkorban tenaga serta menyediakan kemudahan pendidikan untuk pelajar.


Dan pada sebelah malamnya pula Saudara Syamsul memberikan tips-tips untuk menjadi pelajar yang "Berjaya Di Dunia dan Akhirat" yang mana merupakan satu aspek yang sangat penting untuk diterapkan agar palajar tidak sama sekali hanya mengejar kenikmatan serta kejayaan dunia tetapi sebaliknya berusaha mengamalkan nilai-nilai agama serta taat tanpa melupakan aspek ibadat yang menjadi tiang agama.


Ketika ditanya, Saudara Kamaruzzaman berpandangan,"Pelajar-pelajar ini tanpa mengira latarbelakang pendapatan, baik miskin mahupun yang kaya sebenarnya mempunyai kapasiti serta keupayaan yang sama, cuma mungkin peluang yang berbeza, maka adalah menjadi tanggungjawab semua memberi kesedaran kepada mereka untuk mencari jalan untuk berjaya dan bukannya semata-mata berserah kepada takdir". Beliau menambah lagi, "Malahan saya yakin yang mereka jika berusaha lebih selepas ini mereka akan berjaya hingga ke menara gading".




"Tiada gunanya kerajaan berbelanja berjuta ringgit demi pembangunan pelajar miskin, jika pelajar tidak pula disedarkan tentang kepentingan belajar. Dan saya yakin menerusi program ini pelajar boleh disedarkan dan tidak akan menjadi beban kepada kerajaan dengan gejala-gejala sosial yang kian menggila." Tambah Saudara Md. Yusof pula ketika ditanya.




Menurut Saudara Syamsul pula, beliau berfikiran positif tentang perkembangan para pelajar yang mengikuti kursus ini, beliau menyatakan, "Saya tidak nampak di mana silapnya pelajar-pelajar yang hadir ke kursus ini tidak boleh berjaya. Setelah saya merapati mereka saya melihat potensi yang cukup besar di dalam diri mereka, malahan ada di antaranya yang sangat bijak dan sangat kritikal ketika melontarkan pandangan walaupun baru berusia 12 tahun. Malahan saya yakin, jika program ini diteruskan lagi, pelajar ini mampu mengorak langkah dengan lebih jauh lagi, insya Allah".



Di dalam Majlis Perasmian Penutup pada 1 November 2009, Ketua Penolong Pegawai Daerah iaitu Tuan Razali bin Bakar, di dalam ucapannya menyeru pelajar berusaha gigih dan kuat untuk berjaya. Kerana, kata beliau "Kalau nak diikutkan susah, orang dulu-dulu lagi susah. Tetapi orang dulu-dulu boleh mebuktikan jikalau mereka ingin berjaya pasti ada jalannya untuk mereka berjaya, dan akhirnya mereka berjaya. Maka para pelajar pada hari ini pun perlu berusaha untuk mencapai kejayaan bagi membawa keluar keluarga masing-masing daripada belenggu kemiskinan. Hanya dengan pendidikan inilah pelajar-pelajar boleh melakukannya, percayalah!"


Majlis telah ditutup dengan rasminya pada jam 10.00 pagi oleh Tuan Razali Bakar, dan selepas sesi bergambar selesai pelajar-pelajar dan sekelian urusetia telah menyertai sesi bergambar dan selepas itu semua menikmati jamuan makan tengahari dan seterusnya menyertai lawatan ke Bandaraya Melaka sebelum berangkat pulang ke Gemas.

Pemandangan Hadapan Hotel Orkid, di Bandaraya Melaka
Pintu Masuk ke Lobi Hotel OrkidBeginilah rupanya Hotel Orkid yang tersergam indah sebagai tempat perlaksanaan Kursus Kecemerlangan Pendidikan selama 3 hari dan dua malam
Kelihatan pelajar-pelajar terlibat sedang menjalankan aktiviti sebagaimana yang diarahkan
Aktiviti dijalankan sambil diperhatikan oleh Saudara Md Yusof Alias
Ahli kumpulan yang lain sama-sama memerhatikan rakan-rakan menjalankan aktiviti di hadapan kelas
Kali ini aktiviti diperhatikan oleh Saudara Kamaruzzaman
Para peserta menunjukkan kerjasama yang baik ketika menjalankan aktiviti iaitu aktiviti memasukkan beberapa biji guli ke dalam gelas dengan menggunakan saluran PVC yang telah dipotong pendek
Sentiasa ada sahaja aktiviti yang mencuit hati ketika dijalankan
Saudara Kamaruzzaman dan Saudara Md Yusof ketika menikmati jamuan makan tengahari Suasana pelajar-pelajar ketika sedang makan tengahari
Begitu meriah suasana makan, lapar sangatlah agaknya tu
Saudara Syamsul menyampaikan ceramah dengan penuh bertenaga meskipun suara beliau sudah mulai serak
Suasana di dalam kelas ketika mendengar ceramah Saudara Syamsul
Suasana sunyi menyelubungi ketika Saudara Syamsul memberikan tips untuk "Berjaya di Dunia dan Di Akhirat"
Saudara Syamsul menyampaikan ceramah dengan penuh semangat bagi memastikan semua pelajar dapat memahami apa yang cuba disampaikan
Saudara Syamsul menjemput seorang pelajar ke hadapan bagi melaksanakan satu permainan yang diberi nama "gaya & teka"
Pelajar berusaha sedaya upaya untuk menjalankan aktiviti sebagaimana yang diarahkan
Kali ini aktiviti pembawaan bola sebagai amanah dengan tali
Pelajar-pelajar lain tekun menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan
Setiap pelajar tanpa mengira umur dan latarbelakang bekerjasama menyelesaikan permasalahan yang diberi
Nampak mudah, tetapi sukar dilakukan tanpa persefahaman yang mantap
Saudara Yusof memerhatikan bagi memastikan tiada perlanggaran peraturan permainan yang berlaku
Bola golf dibawa dengan tali bersilang menuju ke destinasi yang telah ditetapkan
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP YANG DISEMPURNAKAN
OLEH
TUAN RAZALI BIN BAKAR (KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH KECIL GEMAS)
Saudara Syamsul bersama-sama dengan Tuan Razali bin Bakar menanti acara bermula
Saudara Syamsul bersama-sama dengan Tuan Razali yang bertindak sebagai Tetamu Kehormat
Saudara Khatib bertindak selaku Pengerusi Majlis memulakan Majlis dengan bacaan doa
Para pelajar tenang mengikuti majlis perasmian penutup
Para urusetia yang sabar menanti sehingga majlis berakhir di belakang kelas
Saudara Syamsul dijemput memberikan ulasan serta nasihat kepada para pelajar sebagai kata-kata akhir sebelum berangkat pulang ke Gemas
Para pelajar mendengar dengan penuh minat ucapan dan kata nasihat yang disampaikan oleh Saudara Syamsul
Tuan Razali dan Saudara Khatib turut mendengar kata nasihat yang disampaikan
Saudara Syamsul seperti biasa menggunakan kata-kata menarik yang membuat para pelajar tidak terlepas mendengarnya
Para pelajar memberi fokus sebelum menggunakan setiap tips yang diberi untuk dipraktikkan
Saudara Syamsul tidak terlupa untuk memberi nasihat kepada semua betapa peluang masih ada untuk berjaya
Urusetia turut mendengar ucapan dan kata nasihat daripada Saudara Syamsul
Kini tiba giliran Tuan Razali pula menyampaikan ucapan perasmian
Tuan Razali mengingatkan bahawa setiap peluang perlu direbut oleh para pelajar untuk berjaya
Tuan Razali menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada para pelajar
Sesi bergambar dimulakan
Sesi bergambar beramai-ramai
Beramai-ramai bergambar bersama-sama dengan full strength IOC
Para pelajar turut teruja untuk bergambar bersama-sama

Saudara Syamsul bergambar kenangan bersama dengan pelajar kembar ALIF dan ARIF
Jentera Consultant IOC bergambar bersama-sama urusetia

Satu lagi gambar bersama urusetia yang sempat dirakamkan

Akhir kata Pihak IOC mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak Pejabat Daerah Kecil Gemas bagi mengendalikan Kursus Motivasi Kecemerlangan Pendidikan. Setelah mengendalikan tiga kursus bersama Pejabat Daerah & Tanah Tampin kini Gemas pula yang sudi menerima khidmat kami. Terima kasih juga buat barisan urusetia yang banyak membantu bagi menjayakan lagi Kursus ini. Mudah-mudahan usaha ini diberkati oleh Allah SWT. Insya Allah. Kepada para pelajar diucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya di dalam apa jua yang ingin dicapai.

===========================================================

Dilaporkan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: