Rabu, 4 November 2009

Pertandingan Debat Inter-Class di SDAR, Seremban

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
.
Alhamdulillah, pada 4 November 2009, saya telah dijemput untuk menaksikan pertandingan Akhir Debat Antara Kelas-Kelas di SDAR. Pertandingan ini telah disertai oleh para pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar daripada Tingakat 2 (14 Tahun). Di dalam pertandingan akhir ini, usul yang diperdebatkan adalah "Remaja Kita Hilang Punca". Pertandingan yang boleh dikatakan agak baik memperlihatkan bakat yang ada di dalam bakat-bakat muda ini. Tahniah diucapkan kepada SDAR di atas inisiatif ini. Saya yang hadir sebagai pemerhati pertandingan ini merasakan inilah yang sepatutnya dicontohi oleh sekolah-sekolah lain, dan bukannya menanti ada surat jemputan pertandingan barulah 'terhegeh-hegeh' mencari pendebat untuk diketengahkan.
.
Zaman 'Bidan-Bidan Terjun' ini sudah berlalu. Ini sebenarnya boleh membantu negara di dalam melahirkan pemimpin yang hebat menerusi salah satu kemahiran asasnya iaitu berhujah (debat). Usaha awal SDAR ini dilihat mampu menghasilkan pendebat yang maju di masa akan datang dengan kemahiran yang sentiasa dicungkil dan dipertingkatkan bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan Debat SDAR, di dalam arena debat inter-school dan juga nasional secara keseluruhannya.
.
Namun, ada juga yang membimbangkan saya, di mana tiadanya keseragaman penghakiman, ada yang mengikuti cara gaya debat terbuka, ada yang mengikuti ala-ala MADUM, ada yang teknik konvensional (debat dulu-dulu) serta debat PPM (Piala Perdana Menteri). Ada yang dilihat terlalu rigid, terkekang, terikat serta jumud dan tidak boleh dilonggarkan langsung. Saya bimbang ini akan mengakibatkan kreativiti pendebat akan dibatasi oleh teknik, peraturan yang melampau. Misalannya, katanya; "Kalau nak mewakili sekolah mesti sebutan baku,..... ada penggunaan bahasa seperti 'respon', 'penipu' agak kasar bunyinya", maka saya percaya di atas dasar ini, kesalahan-kesalahan yang dinyatakan tadi pasti semuanya akan dikenakan penalti. Sedangkan di dalam peraturan MADUM tidak pernah sedemikian. Inilah yang saya runsingkan. Kerunsingan saya menjadi nyata apabila pasukan pembangkang yang nyata tidak menolak dengan jelas usul yang dibawa oleh pihak kerajaan telah diisytiharkan menang oleh hakim.
.
Tetapi ya lah, saya bagaimanapun menghormati keputusan hakim, malahan terdapat juga kelemahan-kelemahan ketara di pihak pasukan Kerajaan sendiri yang tidak kukuh di dalam mempertahankan kes mereka. Namun, perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua. Demi kelangsungan debat di negara ini. Malahan, saya rasa pertandingan Debat Inter-School di UIAM perlu disebarluaskan supaya boleh diterapkan di dalam PPM agar pelajar tidak terkeliru dengan format dan teknik penghakiman yang terlalu mengikat pendebat tanpa dapat berhujah dengan kreatif. Barang diingat bahawa format perdebatan di debat inter-school di UIAM samalah sistemnya dengan sistem penghakiman debat Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM). Maka tiada salahnya, sistem ini diadaptasikan segera sebelum terlewat.
.
Kepada penggubal dasar dan peraturan debat PPM janganlah kita bimbang atau ego dengan pendirian kita, kerana, kita perlu sedar, sebahagian besar pelajar dari asrama penuh yang menyertai debat PPM akan ke universiti jua akhirnya, dan bermakna mereka akhirnya akan mengikuti sistem penghakiman MADUM, maka apalah salahnya kita memperlengkapkan mereka dengan satu sistem yang diterima umum dan selari dengan peredaran serta kehendak semasa?
.
Tetapi percayalah, penulisan ini bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa, sekadar memberi pandangan dan buah fikiran, semoga ia mendapat perhatian serta pertimbangan sewajarnya
Sekian dan Wassalam.
.
****************************************************
Komentar Disediakan Oleh

Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail
Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)
*************************************************
Suasana Pertandingan Akhir
Di antara pelajar Tingkatan 2 yang beraksi di Pertandingan Akhir
Keberanian pendebat baru menunjukkan prospek sebagai pendebat harapan
Hakim yang kelihatan tenang mengadili pertandingan
Di antara pelajar yang hadir menyaksikan pertandingan akhir di Dewan Besar SDAR
Gambaran suasana di pentas Akhir
Lagi aksi penonton-penonton yang hadir
Hakim memberikan ulasan pertandingan
GPK 1 Dijemput ke atas pentas untuk menyampaikan cenderamata kepada peserta-peserta
Dimulakan dengan penerima hadiah saguhati
Pertandingan ini mendapat penyertaan yang menggalakkanLagi penerima hadiah saguhati
Pasukan yang bergelar Naib Johan menerima hadiah yang telah disediakan
Jangan kecewa, cuba lagi di lain masa
Barisan ahli pasukan yang bergelar Naib Johan
Pasukan Johan pula mengambil giliran menerima hadiah
Pendbeta terbaik menerima hadiah
Barisan peserta finalis bergambar bersama dengan GPK 1 di atas pentas akhir
Lagi gambar yang dirakamkan. Tahniah buat yang berjaya, dan tahinah juga buat penganjur pertandingan di atas usaha murni anda.
*******************************************************************
Gambar-Gambar Dirakamkan Oleh : EDITOR

1 ulasan:

Luqman berkata...

YEAH!!!!BETUL BETUL TU.....hakim memang tak bertauliah langsung...
tahniah pada p'bangkang yang menang. hehehehe.