Selasa, 28 Disember 2010
Ceramah Hari Kualiti (Q) di KPM Beranang
29 Disember 2010, Beranang: Satu ceramah bersempena Hari Kualiti (Q) telah dilangsungkan di Kolej Pelajaran MARA (KPM) Beranang. Dengan tema "Kualiti Teras Perkhidmatan Cemerlang" program ini telah berlangsung dengan jayanya. Program dimulakan dengan nyanyian lagu MARA dan diikuti dengan bacaan doa.
.
Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg Dr Yatim bin Nawai, Pengarah KPM Beranang.
.
Sebaik selesai ucapan alu-aluan, majlis diteruskan dengan ceramah bertajuk "Kualiti Kerja Menjana Kecemerlangan Insaniah". Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Turut hadir bersama adalah YBhg Ustaz Mad Zan bin Yusof, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) KPM Beranang.
.
Ceramah Sdr Syamsul benar-benar menarik perhatian serta menggamatkan suasana di dalam Dewan.
.
Sebaik sahaja selesai ceramah, telah berlangsungnya penyampaian anugerah-anugerah kualiti seperti berikut:
.
1. Anugerah Tidak Pernah Mengambil Cuti Sakit (MC) sepanjang tahun 2010
2. Anugerah Tidak Pernah Keluar Daripada KPM Bagi Urusan Bukan Rasmi
3. Anugerah Kad Perakam Waktu Kehadiran Tidak Pernah Merah (Tidak Pernah Lewat)
4. Anugerah Paling Kurang Tuntutan Takaful Perubatan
5. Anugerah Kecemerlangan SKT (90 markah dan ke atas)
6. Anugerah Anggota Kerja Terbaik Bulanan Sepanjang Tahun 2010
7. Anugerah Inovasi Pengarah; serta
8. Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Selama 25 Tahun
.
Tahniah kepada KPM di atas penganjuran program ini dan semoga semua beroleh manfaat melalui program ini.
.
Langgan:
Catatan (Atom)