Rabu, 18 Ogos 2010

Ceramah "Keluarga Bahagia" di Kampung Gadong Jaya, Labu

19 Ogos 2010, Seremban : Unit Pendidikan Masyarakat KEMAS Parlimen Rasah telah menganjurkan satu program ceramah bertajuk "Keluarga Bahagia" bertempat di Balairaya Kampung Gadong Jaya pada 18 Ogos 2010. Program ini melibatkan peserta-peserta aktiviti KEMAS yang terdiri daripada golongan suri rumah tangga. Ceramah ini telah dihadiri oleh YBhg En Yusof Busrah, Pengerusi JKKK Kg Gadong Jaya.
.
Turut hadir Pn Zaharah (Penyelia Unit Pendidikan Masyarakat, KEMAS Parlimen Rasah), Pn Zaini (Penyelia Pembangunan Desa & Perhubungan KEMAS DUN Labu). Program ceramah ini telah bermula pada jam 2.00 petang hingga ke jam 4.00 petang.
.
Penceramah jemputan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Antara lain beliau telah menyentuh aspek hubungan kekeluargaan, tips-tips kebahagiaan keluarga serta pengurusan konflik keluarga. Adalah diharapkan menerusi program ini para peserta dapat mengaplikasikan setiap panduan di dalam kehidupan seharian peserta.
.
Akhir kata, EDITOR mengucapkan tahniah buat KEMAS di atas inisiatif dan usaha menjayakan program yang bermanfaat ini.
.
Suasana di dalam Balairaya sebelum ceramah bermulaSdr Syamsul kelihatan berbicara sesuatu dengan Pengerusi JKKK
YBhg En Yusof Busrah (Pengerusi JKKK) menyampaikan ucapan alu-aluan
Para peserta telah bersedia mendengar ceramah
Suasana ketika ceramah bermula
Sdr Syamsul berceramah dengan tajuk "Keluarga Bahagia"
Pelbagai tips dan panduan dikongsi bersama
Suasana ceria apabila pelbagai pengisian yang mengusik hati para peserta
Pendengar kelihatan kerap kali ketawa mendengar pelbagai kisah yang disampaikan
Kelihatan Pn Zaharah dan En Yusof sendiri pun turut sama ketawa
Mendengar dengan fokus isi ceramah yang disampaikan
Golongan usia emas turut sama menyertai ceramah ini
Ada juga yang mendengar sambil menjalankan kerja kraftangan membuat bekas sudu daripada rotan
Sdr Syamsul menerima cenderahati daripada Pn Zaharah sebagai tanda terima kasih sudi hadir ke program ini
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: