Khamis, 5 Ogos 2010

Motivasi Pelajar Cemerlang UPSR di Kampung Gadong SC, Labu

Program Motivasi Pelajar Cemerlang
Menghadapi Peperiksaan
UPSR Tahun 6
.
6 Ogos 2010
.
Pusat Sumber Kampung Gadong S/C, Labu
.
.
Satu Program Motivasi telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk Pusat Sumber, Kampung Gadong S/C, Labu pada 6 Ogos 2010 bertempat di Pusat Sumber Kampung Gadong S/C. Program ini telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran dan ceramah motivasi telah dimulakan pada jam 9.30 pagi.
.
Ceramah Motivasi khusus untuk para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR ini telah disampaikan oleh Sdr. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
.
Ceramah ini diadakan bagi mempertingkatkan tahap keyakinan para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan serta menyedari akan kepentingan pelajaran di dalam hidup serta cabaran yang bakal menanti para pelajar di masa hadapan.
.
Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul mulai jam 9.30 pagi hingga ke jam 11.00 pagi.
.
Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh YBhg En Mokhtar bin Osman, Pengerusi JKKK Kampung Gadong S/C Labu.
.
Tahniah diucapkan di atas usaha serta inisiatif semua pihak yang berusaha menjayakan program ini.
. Sdr Syamsul memulakan ceramah dengan penuh bersahaja
Para pelajar mendengar dengan penuh fokus ceramah yang disampaikanPelajar mula ketawa mendengar kisah lucu yang dikongsi bersama
Ada yang mencatat setiap tips-tisp yang disampaikan
Sentiasa diselubungi kecerian serta hilai ketawa pelajar
Ada sahaja yang ingin diceritakan
Penceritaan penuh bermakna diselang-selikan dengan tips-tips untuk bekalan pelajarPara pelajar tidak dapat menahan ketawa dengan bahan yang disampaikan


Pelajar mendengar ceramah dengan suasana cukup ceria
Ada sahaja kisah yang mencuit hati disampaikan
Ada yang sampai berair mata bila ketawa


En Zulfaqar Omar selaku pengacara program membuat ulasan sebaik sahaja ceramah motivasi selesai

Sdr Syamsul kelihatan berbincang sesuatu dengan En Mokhtar (Pengerusi JKKK)

En Mokhtar Osman, Pengerusi JKKK Kg Gadong SC menyampaikan ucapan perasmian penutup
Pelbagai amanat yang disampaikan
Para pelajar yang mendengar amanat yang disampaikan
Sdr Syamsul menerima cenderahati daripada Pengerusi JKKK selaku tanda terima kasih
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: