Ahad, 1 Ogos 2010

Seminar "Komunikasi Berkesan" di JPA Putrajaya

30 Julai 2010, Putrajaya - Satu seminar telah dianjurkan oleh Sektor Latihan, Bahagian Khidmat Penguruan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. Seminar yang bertajuk "Komunikasi Berkesan" ini telah disampaikan oleh Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengarah Undang-Undang, Majlis Perbandaran Nilai yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
.
Ceramah ini telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari sebelum bersambung semula mulai jam 3.00 hingga ke jam 5.00 petang.
.
Ceramah yang telah dihadiri oleh kira-kira ratusan warga kerja JPA ini telah membawa warga JPA ke arah pemahaman yang lebih jelas tentang teknik komunikasi yang sebenar meliputi aspek komunikasi di tempat kerja, dengan pemimpin organisasi serta tidak ketinggalan juga meliputi aspek komunikasi kekeluargaan.
.
Komunikasi menerusi aspek kekeluargaan ini juga sangat penting bagi memastikan para pekerja mampu menterjemahkan emosi dan perasaan yang stabil apabila berada di tempat kerja.
.
"Kajian menunjukkan, lebih 80% pekerja yang emosinya tidak stabil adalah berpunca daripada kegagalan komunikasi di dalam rumahtangga. Justeru, ia adalah penting bagi memastikan produktiviti di tempat kerja tidak terganggu disebabkan permasalahan komunikasi di dalam keluarga", ujar Sdr. Syamsul apabila ditanya sebaik sahaja selesai program Seminar ini berlangsung.
.
Ceramah telah berlangsung dalam suasana ceria meskipun gangguan suara Sdr. Syamsul yang serak akibat batuk. Namun itu tidak menghalang Sdr Syamsul menyampaikan ceramah dalam suasana ceria dan menghiburkan.
.
Turut hadir ke program seminar ini adalah beberapa orang kakitangan daripada Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bagi memenuhi sasaran berkursus sekurang-kurangnya 7 hari dalam tempoh setahun.
.
Tahniah diucapkan buat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di atas usaha dan inisiatif ini. Berikut dikongsikan bersama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan ketika program tersebut berlangsung.
.































Warga kerja MPN yang turut hadir. Dari kiri; Hamdan Aris, Safwan Ahmad, Syahiran Abd Razak, Mohd Saleh, Abd Halim, Sdr Syamsul (Penceramah), Nurhafiz Jasman, Azhari, Lai Sin Yee, Nurhashima, Yoges dan Ahmad Sarkawee (belakang)
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: