Rabu, 11 Ogos 2010

Ceramah "Pengurusan Kewangan Keluarga" di Kg LBJ, Labu

Program Ceramah
"Pengurusan Kewangan Keluarga"
9 Ogos 2010
.
Dewan Mini
Kampung LBJ, Labu, Seremban
.
9 Ogos 2010, Labu : Program ceramah "Pengurusan Kewangan Keluarga" telah diadakan dianjurkan oleh pihak KEMAS Bahagian Rasah. Ceramah ini diadakan bertempat di Dewan Mini, Kampung LBJ, Labu. Ceramah telah disampaikan oleh Sdr. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
.
Ceramah disampaikan di hadapan kira-kira 30 orang kaum ibu yang sememangnya kerap hadir ke Dewan Mini ini yang telah lama diwujudkan siri kelas kemahiran. Malahan, ketika Sdr Syamsul tiba untuk berceramah di sana, kesemua kaum ibu di sana sedang leka menganyam rotan untuk menghasilkan bekas sudu.
.
Dengan cara ini, dapat membantu kaum ibu memperbaiki taraf ekonomi masing-masing dengan berusaha mengadaptasikan dalam kehidupan mereka kemahiran ekonomi saradiri.
.
Pada sesi ceramah, kaum ibu mendengar dengan tekun tips-tips untuk menguruskan ekonomi atau kewangan keluarga masing-masing.
.
"Apabila mereka didedahkan dengan cara yang sewajarnya untuk menguruskan ekonomi keluarga, kaum ibu akan sedar bahawa bukan hanya diri mereka, malahan keseluruhan ahli keluarga akan dapat memanfaatkan ilmu ini bagi memastikan mereka tidak lagi berbelanja dengan semberono dan membuta tuli tanpa membuat perancangan yang teliti dan teratur, secara tidak langsung mampu mempertingkatkan taraf hidup mereka dalam jangka masa panjang", ujar Sdr Syamsul ketika ditanya tentang manfaat ceramah yang disampaikan.
.
Suasana beberapa kaum wanita yang duduk di hadapan rotan yang siap sedia untuk dianyam
Ada yang masih leka menganyam rotan

Sdr Syamsul, ketika baru sahaja selesai berceramah
Wakil daripada Pejabat KEMAS Bahagian Rasah menyampaikan ucapan
Sdr Syamsul bergambar bersama Pn Zaharah yang menjadi penyelaras program ceramah ini. Pn Zaharah dahulu pernah menjadi guru tabika KEMAS kepada Sdr Syamsul pada tahun 1983.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: