Isnin, 29 November 2010
Seminar Pengucapan Awam 2010 : Maklumbalas Peserta
Seminar Pengucapan Awam 2010
Bertempat di Star Fresh Agro Park
26 November 2010
.
Maklumbalas Peserta Seminar
.
Adalah dimaklumkan bahawa segala komentar yang disiarkan menerusi laman ini adalah diambil bulat-bulat daripada borang maklumbalas yang diberikan kepada peserta TANPA sebarang pengubahsuaian. Harap maklum!
.
.
Komen / Maklumbalas
.
1. Sangat baik, kursus ini perlu lebihkan masa. Makanan: kurang baik. Penceramah: Ok. Dapat menyampaikan isu-isu pada seminat ini. Tq. - Rafidah bt. Amdan, Jururawat Pergigian, Klinik Pergigian Jelebu.
.
2. Seminar ini memberi seseorang berucap dengan baik. Ucapan yang sangat bagus dan teliti - Noorashikin bt Abd Rahman, Billing Department
.
3. Seminar ini penting untuk mengasah kemahiran berucap dan meningkatkan keyakinan. Penceramah yang bagus dan pengalaman yang hebat. Tahniah Intellectual Orator Consultant! tempat yang selesa. Seminar ini membantu untuk menceriakan hari ini dan lebih menghargai kelebihan yang ada pada diri! - Nur Azwa bt Abdul Aziz, Perhubungan Korporat & Perkhidmatan Pelanggan
.
4. Pada pandangan saya satu-satunya seminar pengucapan awam & teknik yang cukup baik dan menarik perhatian kepada pendengar-pendengar. Penceramah yang berpotensi dan berpengalaman. - Norley bt Mustapha, Billing Department
.
5. Alhamdulillah... Majlis ilmu yang kelakar dan berkesan - Aminuddin Baki bin Abdul Karim, Senawang Specialist Hospital
.
6. Best!! Memuaskan. Pokok Sekayu Daun Selasih, Thank you, terima kasih. Hu hu.... - Tom Cruise, Kajian Nukleus, Kuala Pilah
.
7. The best course that I've attend!! - Arian Aduka Rahim, Senawang Specialist Hospital
.
8. Semuanya adalah baik dan menggembirakan. Terima kasih.- Mohd Shahrul bin Bahaman, MAINS
.
9. Begitu berkesan, terhibur, berkalibar. Amat menggalakkan. Good luck. Terima kasih. - Mohd Fauzi, MAINS
.
10. Kursus ini berjalan dengan baik. Penceramah berjaya menyampaikan ceramah dengan baik. - Japree Seman, Senawang Specialist Hospital
.
11. Seminar yang amat menarik. Memerlukan masa dan tempat yang lebih sesuai. Perlukan aktiviti yang melibatkan peserta seperti gerakerja bengkel. - Mokhalis bin Hj Abdul Latib, Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Jempol
.
12. Seminar ini begitu sesuai sebagai pengenalan kepada pengucapan awam. Pasti akan mengikuti untuk sesi kedua program ini nanti. Penceramah juga menceriakan dan berpengalaman. - Noor Azira bt Mohd Najib, MAINS
.
13. Pengisian yang baik. Penceramah yang berpengalaman dalam memberi ucapan dan tidak membosankan. Perlu diadakan dalam tempoh masa yang lebih panjang lagi untuk memberi latihan kepada peserta untuk memantapkan lagi tahap keyakinan yang tinggi. - Nurfairusha bt Remali, MAINS
.
14. Seronok sangat menyertai seminar ini. Enjoy! tak boring langsung! Kelakar habis!! - Nor Aliza Alias, MAINS
.
15. Seminar ini sangat bagus, banyak info yang boleh dikongsi, penceramah yang berjaya menarik perhatian peserta kursus. Seminar ini perlu diterapkan pada semua jenis perkhidmatan. - Noraliza bt Nordin, MAINS
.
16. Seminar ini merupakan pemangkin semangat untuk memberi pengucapan umum di hadapan khalayak ramai. - Nurul Saziela bt Rasim, MAINS
.
17. Sangat menyeronokkan. Penceramah yang hebat. Harap dapat diperluaskan lagi kursus ini dengan penglibatan orang awam. - Nor Fauzillah bt Abd Rafar, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
.
18. Best sangat dan saya berharap dapat mengikuti lanjutan kursus ini di masa akan datang. - Fauziah bt Jafri, Klinik Pergigian Port Dickson
.
19. Sangat menarik dan menyeronokkan. Banyak juga fakta-fakta menarik yang dipelajari. Sekiranya ada peluang saya ingin menyertai kursus bersama En Syamsul Amri lagi. - Nur Farah Wahida bt Mohd Baki, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
.
20. Hebat, penuh dengan ilmu pengucapan awam. Memberi semangat kepada peserta untuk berkeyakinan di hadapan khalayak. Perlu diteruskan pada setiap bulan. - Mimi Yanti bt Mohd Yusof, MAINS
.
21. Sangat baik, perlu ada kesinambungan seminar. Cara penyampaian sangat baik dan tidak membosankan. - Seri Banon bt Maulud, Pergigian (KKM)
.
22. Amat memuaskan dan telah mencapai objektif dan harap dapat diteruskan dengan modul kedua. - Halimah Sapari, Pejabat Pergigian Daerah Rembau
.
23. Sangat memberangsangkan dan disyorkan kepada staff/kakitangan yang lain. Mencapai objektif kursus. - Noormaliza bt Harun, Perkhidmatan Pergigian Seremban (KKM)
.
24. Saya enjoy dengar ceramah tuan. Seronok, berinformasi dan tidak membosankan. - Halimah bt Idris, Pergigian Negeri Sembilan
.
25. Sangat menyeronokkan, tidak bosan dan cerita yang menarik disamping input-input yang bermanfaat. Penceramah yang kelakar dan penyampaian yang memenuhi objektif. - Azian bt Rahamat, Klinik Pergigian Besar Kuala Pilah
.
26. Sangat menarik dan amat berkesan. Ceramah yang tidak membosankan. - Siti Nur Adirah bt Mohd Jamaludin, Pejabat Kesihatan Pergigian
.
27. Excellent! Satu seminar yang bagus dan berjaya (Insya Allah) meningkatkan kemahiran dalam public speaking dan juga pengetahuan berkaitan komunikasi. - Suriati bt Lamajidi, Pergigian
.
p/s: Di kalangan 30 orang peserta yang menyertai seminar ini hanya 27 orang sahaja yang mengembalikan semula borang maklumbalas ini. Terima kasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Menarik dan saya setuju jika ini di perluaskan lagi di masa yang akan datang.
Catat Ulasan