Khamis, 26 Mei 2011
Ceramah Motivasi Kekeluargaan di Maktab PDRM Cheras
25 Mei 2011, Cheras : Satu lagi siri ceramah telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan & Agama (BAKA) Polis DiRaja Malaysia bertempat di Maktab PDRM Cheras. Sdr Syamsul Amri Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) sekali lagi dijemput sebagai penceramah undangan di dalam program kali ini.
Sdr Syamsul yang baru sahaja reda daripada sakit tekak nyata telah berjaya sekali lagi memikat perhatian penonton menerusi ceramah yang disampaikannya. Beliau telah meyampaikan ceramah bertajuk, "Komunikasi Berkesan Keluarga & Kerjaya".
Tahniah diucapkan kepada penganjur di atas kejayaan penganjuran ini. EDITOR berharap program seperti ini akan terus diadakan bagi memupuk hubungan keluarga yang mantap dan berkesan ke arah pembentukan keluarga yang bahagia dan harmoni.
Lagi ketawa menceriakan suasana...
Pelbagai kisah dan ragam suami isteri diceritakan kepada semua
Ada yang sampai terkeluar air mata ketawa....
Kisah yang disampaikan ini meskipun lucu, tetapi sarat dengan pengajaran
Kembali fokus...
Penumpuan penuh..
Sempat berposing sebaik sahaja sesi ceramah berakhir
Sdr Syamsul bersalaman dengan kesemua peserta lelaki sebaik sahaja sesi ceramah selesai
Sdr Syamsul mengucapkan terima kasih sebelum meninggalkan bilik ceramah
Disediakan oleh : EDITOR
Isnin, 23 Mei 2011
Ceramah SSDE : Ketibaan di Taman Berembang, Pelabuhan Klang
21 Mei 2011, Klang : Ceramah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) kali ini kembali menemui rakyat Selangor, dan kali ini ia telah berjaya dilaksanakan di Taman Berembang, Pelabuhan Klang. Ceramah SSDE ini terus mendapat sambutan rakyat dengan penduduk tempatan membanjiri khemah di mana ceramah berlangsung.
Ceramah kali ini menampilkan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) dan juga YB Tuan Gobalakrishna, Ahli Parlimen Padang Serai. Ceramah telah berlangsung mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 12.00 tengah malam.
Di dalam folder ini dirakankan gambar-gambar sewaktu sebelum bermulanya ceramah SSDE ini. Manakala di dalam folder berikutnya juga EDITOR memuatkan gambar-gambar di mana berlangsungnya program ini.






Disediakan oleh : EDITOR
Ceramah SSDE : Sesi Alu-Aluan
21 Mei 2011, Klang : Ceramah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua UMNO Bahagian Klang iaitu Datuk Mazlynoor Abd Latif. Kemudiannya diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Datuk Teh Kim Poh, Pengerusi MCA Bahagian Klang. Kedua-dua tokoh pimpinan tempatan ini telah mengulas pelbagai kelemahan di dalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Darul Ehsan ini.











Disediakan oleh : EDITOR
Ceramah SSDE : Ceramah Bermula
21 Mei 2011, Klang : Berikut pula merupakan gambar-gambar ketika ceramah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) berlangsung dengan dimulakan oleh ceramah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden ADAM dan diikuti dengan ceramah YB Tuan Gobalakrishna, Ahli Parlimen Padang Serai.




























Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catatan (Atom)