Khamis, 26 Mei 2011

Ceramah Motivasi Kekeluargaan di Maktab PDRM Cheras

25 Mei 2011, Cheras : Satu lagi siri ceramah telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan & Agama (BAKA) Polis DiRaja Malaysia bertempat di Maktab PDRM Cheras. Sdr Syamsul Amri Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) sekali lagi dijemput sebagai penceramah undangan di dalam program kali ini.

Sdr Syamsul yang baru sahaja reda daripada sakit tekak nyata telah berjaya sekali lagi memikat perhatian penonton menerusi ceramah yang disampaikannya. Beliau telah meyampaikan ceramah bertajuk, "Komunikasi Berkesan Keluarga & Kerjaya".

Tahniah diucapkan kepada penganjur di atas kejayaan penganjuran ini. EDITOR berharap program seperti ini akan terus diadakan bagi memupuk hubungan keluarga yang mantap dan berkesan ke arah pembentukan keluarga yang bahagia dan harmoni.


Peserta yang ceria...Tekun dan fokus mendengar isikandungan ceramahCeria sentiasa....Tenang ketika menyampaikan ceramahSuasana meriah dengan gelak ketawa, setiap kali kisah dikongsi....Tidak dapat menahan ketawa....

Pelbagai aksi dan gaya...Suasana dari belakang kelas di mana berlangsungnya ceramahPelbagai input dan tips dikongsi bersamaSdr Syamsul mengawal suasana kelas dengan baikBersahaja dalam setiap peneranganMenarik perhatian para peserta hingga ke akhir sesi...Penumpuan penuh di sepanjang ceramah berlangsung...

Lagi ketawa menceriakan suasana...Pelbagai kisah dan ragam suami isteri diceritakan kepada semuaAda yang sampai terkeluar air mata ketawa....Kisah yang disampaikan ini meskipun lucu, tetapi sarat dengan pengajaranKembali fokus...Penumpuan penuh..Sempat berposing sebaik sahaja sesi ceramah berakhirSdr Syamsul bersalaman dengan kesemua peserta lelaki sebaik sahaja sesi ceramah selesaiSdr Syamsul mengucapkan terima kasih sebelum meninggalkan bilik ceramah

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: