Ahad, 8 Mei 2011

Ceramah Hari Guru : Ketibaan di Ancasa Allsuite Resort

8 Mei 2011, Port Dickson : Koperasi SMK Seri Ampangan telah menganjurkan satu program Sambutan Hari Guru malahan juga bersempena dengan Hari Ibu khusus buat guru-guru yang terlibat selaku pemegang syer di dalam Koperasi SMK Seri Ampangan. Program ini merupakan idea serta inisiatif Pn Nasmizana binti Mohd Nawi, Pengurus Koperasi SMK Seri Ampangan berserta barisan Jawatankuasanya.

Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengurus Koperasi iaitu Pn Nasmizana. Diikuti dengan ucapan perasmian program oleh En Mohd Nor A. Wahab, Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Seri Ampangan selaku wakil Pengetua SMK Seri Ampangan yang tidak dapat hadir.

Sebaik sahaja selesai ucapan perasmian Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Komunikasi Berkesan Keluarga & Kerjaya". Ceramah tersebut telah berlangsung mulai jam 9.15 pagi hingga ke jam 12.15 tengahari dengan suasana cukup ceria dan menghiburkan.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah kepada Koperasi SMK Seri Ampangan yang diterajui oleh Pn Nasmizana di atas kejayaan menganjurkan program ini.

Di dalam folder berikutnya disertakan gambar-gambar disepanjang berlangsungnya program ini.

Hotel Ancasa dimana berlangsungnya program Sambutan hari Guru SMK Seri AmpanganHotel yang menarik dan sesuai dijadikan tempat beristirehat dan bercutiDi antara guru yang kelihatan ceria untuk mengikuti program yang telah dirancangkanBackdrop program menghiasi ruang hadapan dewan Ceria sebelum bermulanya acara

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: