Ahad, 8 Mei 2011

Ceramah di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM)

7 Mei 2011, Port Dickson : Satu program seminar belia telah diadakan bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) di Pasir Panjang, Port Dickson selam 4 hari mulai 6 Mei 2011 hingga ke 9 Mei 2011. Program ini telah disertai oleh belia yang datangnya dari seluruh Malaysia dan berkampung selama 4 hari dan 3 malam bagi menghadiri kursus kepimpinan ini.

Di antara penceramah yang telah dijemput hadir adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah hadir pada 7 Mei 2011 bagi memenuhi dua slot iaitu Slot, "Sumber Kekuatan Pemimpin" dan "Budaya Kepimpinan".

Bagi Slot "Sumber Kekuatan Pemimpin" telah diadakan mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang, manakala Slot "Budaya Kepimpinan" telah disampaikan mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan dengan ini diucapkan semoga semua peserta dapat memanfaatkan setiap pengisian yang telah disampaikan.

Dengan ini juga EDITOR mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur di atas kejayaan menganjurkan program seperti ini.

Suasana dari belakang kelas di mana ceramah berlangsungFokus dan perhatian penuhBersahaja di dalam berceramahPelbagai contoh ditonjolkanKeseluruhan peserta Tumpuan penuh diberikanPeserta sentiasa ketawa dengan kisah yang dikongsi bersamaHuraian lengkap untuk setiap isikandungan pembentanganSentiasa fokus! Suasana ceria hingga selesai sesi ceramahPenumpuan yang tidak tergangguSesi aktiviti individuAktiviti diselesaikan berdasarkan arahan penceramah Sekali lagi aktiviti memeriahkan suasana Slot 2 pula bermula di sebelah petangnya Suasana di dalam bilik ceramah dihidupkan supaya peserta tidak merasa bosan Walaupun suasana petang yang boleh menyebabkan peserta mengantuk namun, suasana di dalam kelas dihidupkan dengan pelbagai unsur-unsur leluconSegala isi penting dicatatkanSdr Syamsul mengulas panjang isikandungan ceramahSegala maklumat dan intipati ceramah direnung sebagai pedomanAda sahaja kisah lucu yang ingin dikongsiSoalan peserta turut dijawab menerusi slot iniPelbagai cara dan gayaPeserta tidak langsung mengantuk di dalam sesi ini Peserta ketawa













Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: