Rabu, 12 September 2012

Ceramah Kepimpinan Belia di APBM Port Dickson


12 September 2012, Port Dickson : Satu Program / Kursus Kepimpinan Belia telah diadakan bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson. Program ini melibatkan belia dari pelbagai latarbelakang negeri, bangsa dan budaya dari seluruh negara. Program kepimpinan ini berlangsung sejak 10 September 2012 hingga 13 September 2012 mendedahkan para peserta tentang konsep-konsep penting di dalam kepimpinan demi mempersiapkan golongan belia dengan teknik-teknik serta kemahiran memimpin.

Di antara penceramah yang telah diundang bagi menyampaikan ceramah adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Penyelesaian Masalah dan Pembuatan Keputusan Secara Kreatif" dan "Delegasi dan Pemantauan". Pelbagai tips dan teknik telah dikongsikan kepada semua peserta dalam keadaan bersahaja dan santai yang menjadikan suasana di dalam bilik ceramah sebegitu meriah dan ceria sekali.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaekkk la... dari penghulu kursus.

Tanpa Nama berkata...

x kering gusi...ada jer modal en shamsul wat kelakar,hilang rasa mengantuk....terbaekkkkk

Tanpa Nama berkata...

terbaek la.....mmg xkering gusi..lau kene ceramh cm nie tiap2 ari pon xpe..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Semua...

Terima kasih di atas sokongan semua. Insya Allah di lain masa kita bersua semula di dalam program yang lain pula.

- Syamsul Amri bin Hj Ismail -