Rabu, 5 September 2012

Seminar "Ibu & Ayah Permata Hatiku" anjuran PAID Tampin

5 September 2012, Tampin : Satu Program Seminar "Ibu dan Ayah Permata Hatiku" telah diadakan bertempat di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Tampin. Program anjuran PAID Tampin ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Di antara slot ceramah yang telah diadakan, termasuklah slot ceramah bertajuk "Dilema Anak Lelaki : Antara Kehendak Ibu dan Isteri". Ceramah ini telah berlangsung mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari yang mana telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Program ini telah disempurnakan majlis perasmian penutupannya oleh Tuan Johani Hasan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang ceramah Sdr Syamsul berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

2 ulasan:

Pejabat Agama Islam Daerah Tampin berkata...

Semua peserta memberikan maklumbalas yang baik . dan meminta pejabat agama tampin memanggil En Syamsul Amri di lain program. Tahniah & Syabas diatas kerjasama diucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih banyak di atas sokongan serta kerjasama pihak PAID Tampin. Mudah-mudahan kita bertemu lagi di masa yang akan datang. Insya Allah.

- Syamsul Amri bin Hj Ismail -