Khamis, 6 September 2012

Ceramah Motivasi Pelajar UPSR SK Kiaramas


6 September 2012, Kuala Lumpur : Satu Program bacaan Yasiin serta Doa Selamat bersempena dengan mendoakan kejayaan serta kecemerlangan 124 pelajar Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Kuala Lumpur, yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 mulai minggu hadapan.

Program ini dihadiri oleh kira-kira lebih 100 orang pelajar dan ibu bapa demi mendoakan kesejahteraan serta kejayaan calon-calon peperiksaan UPSR bagi tahun ini.

Selepas Majlis Bacaan Yasiin dan Doa Selamat berlangsung, sebaik sahaja selesai Solat Isya' satu Ceramah Motivasi Keibubapaan telah diadakan, di mana Ceramah bertajuk "Tips-Tips Persediaan Saat Akhir" telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah menyentuh tentang persediaan akhir para pelajar serta peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa di sepanjang tempoh anak-anak menghadapi peperiksaan ini.

Turut hadir sama ke program ini, En Nor Jaffny Jaafar, Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kiaramas.

EDITOR dengan ini mengucapkan selamat maju jaya buat para pelajar. Kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan anda! 

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: