Khamis, 13 September 2012

Ceramah Komunikasi & Personaliti di SDAR


13 September 2012, Seremban : Satu Program Karnival Pendidikan Kerjaya, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah diadakan bertempat di Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR). Program ini melibatkan kira-kira 200 orang pelajar SBP daripada seluruh negara yang berkampung di SDAR bagi menimba ilmu dan tips-tips dalam pendidikan demi kejayaan kerjaya dan kehidupan di masa hadapan.

Di antara penceramah yang telah diundang adalah, Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Kemahiran Komunikasi dan Pembentukan Personaliti". Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.00 malam. Pelbagai tips-tips dan teknik dikongsi bersama keseluruhan pelajar yang hadir dalam suasana cukup meriah dan ceria.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: