Isnin, 9 Mac 2015

Ceramah Isu Semasa di Pasir Panjang, Port Dickson


9 Mac 2015, Port Dickson : Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa telah diadakan bertempat di Balai Raya, Kampung Bukit Tembok, Pasir Panjang, Port Dickson. Turut hadir sama ke program ini adalah Yang Berhormat Tuan Hj Abdul Rahman Mohd Redza, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Linggi, yang turut sama hadir bagi merasmikan program tersebut.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Malaysia Pilihanku". Pelbagai isu-isu semasa melibatkan persoalan Politik, Ekonomi dan Sosial semasa telah dipetik dan dikupas menerusi ceramahnya yang berlangsung selama dua jam itu.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: