Ahad, 8 Mac 2015

Ceramah Motivasi Pelajar di SMKDUMA, Jelebu


6 Mac 2015, Jelebu : Satu Program Ceramah Motivasi Pelajar telah diadakan khusus buat para pelajar cemerlang KRK (Kelas Rancangan Khas) yang rata-rata memiliki pencapaian dalam peperiksaan lalu 3A dan ke atas. Para Pelajar terdiri daripada Pelajar Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 3 melibatkan kira-kira 150 orang pelajar.

Program ini telah dikendalikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) dengan dibantu oleh 11 orang Fasilitator daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.

SESI CERAMAH MOTIVASI




SESI BERSAMA FASILITATOR


MAJLIS PENUTUP


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: