Khamis, 19 Mac 2015

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Diri" di Stesen Janakuasa TNB PD


16 Mac 2015, Port Dickson : Satu Program Ceramah telah diadakan bersempena dengan Minggu Keselamatan dan Kesihatan (SHE WEEK). Program ini telah berlangsung di Dewan Seminar, Stesen Janakuasa TNB Tuanku Jaafar, Port Dickson.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Rejuvenasi Diri : Inovasi Menjana Produktiviti".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: