Jumaat, 27 Mac 2015

Ceramah Motivasi "Jejak Menara" di USIM


28 Mac 2015, Nilai : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan bersempena dengan Program "Jejak Menara" dan telah berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini telah dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Kira-kira lebih 700 orang Pelajar dari seluruh Negeri Sembilan dan Selangor telah menyertai program ini.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda : Prospek Kerjaya Selepas Universiti".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: