Khamis, 3 September 2009

Kebebasan Etnik Uighur Semakin Dinafikan - Presiden

Ceritanya hanya bermula dengan demonstrasi jalanan yang aman menuntut penjelasan dari kerajaan China berhubung kematian dua etnik Uighur. Rakaman rusuhan yang berlaku di kilang permainan di selatan Xinjiang diedarkan menerusi internet dengan jelas menunjukkan dua orang wanita Uighur dibelasah sehingga mati oleh etnik Han.

KEKEJAMAN KERAJAAN CHINA TERHADAP PUAK UIGHUR

Sekumpulan Penunjuk Perasaan di Turki, menyatakan penentangan di atas kekejaman kerajaan China

Kelihatan seorang remaja Islam Turki menjunjung Qur'an mungkin tanda percaya ke atas pertolongan Allah
Di antara puluhan ribu rakyat Turki yang benar-benar tidak puas hati dengan kekejaman China terhadap puak Uighur

Bagaimanapun, demonstrasi secara aman itu menjadi mimpi ngeri apabila polis anti rusuhan dihantar ke bandar Urumqi untuk menenangkan keadaan. Sebaliknya yang terjadi, pihak berkuasa bertindak ganas untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Ribuan orang berhimpun di jalanan dan berteriak agar China menghentikan diskriminasi etnik dan menuntut penjelasan apa yang sedang berlaku.

Di antara masyarakat Uighur yang masih mengamalkan sistem perekonomian tradisional

Kemarahan yang telah lama terpendam menjadi derita yang tidak terluah. Berbagai-bagai tindakan dan larangan yang dikenakan ke atas etnik Uighur sejak 60 tahun lalu. Malah mereka menjadi mangsa diskriminasi dari segi ekonomi, politik, budaya dan agama.

Rakyat Uighur yang tertindas tetap beramal ibadat di Masjid di Urumqi walaupun di larang oleh Pihak Berkuasa

Api dalam sekam walau tidak nampak bara dan asapnya, membakar di dalam senyap. Itulah kemarahan yang dipendam oleh etnik Uighur apabila hak mereka dinafikan oleh kerajaan China. Berada di tanah tumpah darah sendiri tetapi mereka tidak bebas untuk mengamalkan budaya, bahasa, agama dan bersosial.

Puak tentera China yang sentiasa mengawal masjid bagi memantau aktiviti solat. Di mana rasionalnya?


SIAPA ETNIK UIGHUR?

Di Xinjiang, Uighur bukanlah satu-satunya etnik yang menganut Islam malah ada beberapa lagi etnik lain seperti Hui, Tajiks, Kyrgyz dan Kazakhs. Jika dicampurkan semuanya terdapat 11 juta penduduk Islam di Wilayah itu dan etnik paling besar adalah Uighur.

Uighur bukanlah orang China kerana ia mempunyai susur galur orang Turki. Dari segi penampilannya, budaya hidupnya dan agama mereka memang jauh berbeza dengan etnik China yang lain. Malah Uighur lebih unik kerana mempunyai bahasa dan tulisan sendiri. Bahasa pertuturan harian mereka bukan Mandarin atau dialek Cina yang lain tetapi mereka menggunakan bahasa Turki.

Sejak Islam berkembang di Xinjiang pada abad ke-10 iaitu pada era pemerintahan Raja Karakhanid, etnik Uighur telah menggunakan huruf Arab sebagai tulisan rasmi mereka di sekolah dan dalam segala urusan. Namun, segala-galanya berubah sebaik sejak ia dijajah oleh Kerajaan China. Etnik Uighur dipaksa menggunakan bahasa Mandarin dan abjad China di dalam segala urusan termasuk di sekolah.

Wilayah Xinjiang sebelumnya dikenali sebagai Turkistan Timur. Apabila menjadi sebahagian dari wilayah China namanya ditukar menjadi Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang (XUAR) pada tahun 1955. Di dalam bahasa Cina, Xinjiang bermaksud kerajaan baru atau jajahan baru.

XINJIANG DAN 11 SEPTEMBER

Sebagaimana dasar Amerika Syarikat selepas 9/11 memerangi habis-habisan pengganas, dasar yang sama juga diamalkan di China. Cuma bezanya ia telah berlangsung sejak zaman Mao Zedong. Pada tahun 1966 poster-poster ditampal di sekitar Beijing, menuntut pengharaman agama Islam. Manakala pembunuhan umat Islam beramai-ramai telah berlaku lebih awal lagi iatu pada tahun 1936.

Dasar yang diamalkan oleh China dalam penindasan politik, asimilasi budaya, eksploitasi ekonomi, pemusnahan ekologi dan diskriminasi ras, menjadikan Xinjiang umpama bom jangka. Ia secara tidak langsung menyebabkan perasaan anti China semakin menebal di dalam hati setiap masyarakat Uighur.

Si ibu sambil memegang bayinya, turut sama menyertai demonstrasi. Si ibu yang sedang mengendong bayi menyertai perarakan / demonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan China yang melarang mereka dari memasuki masjid untuk beribadah.

Walaupun Mao Zedong telah mati tiga dekad lalu namun dasar yang digunakan oleh China terhadap wilayah itu tidak pernah berubah. Biarpun pada asalnya Mao berjanji dengan Uighur, wilayah itu akan mempunyai kebebasan dan hak menentukan dasar sendiri, namun itu hanya tinggal janji. Pemerintah China selepas Mao berusaha menjadikan Xinjiang sebagai koloni Cina yang diubah segala-galanya termasuk agama dan budaya. Usaha ini dibuat dengan harapan usaha eksploitasi ekonomi masyarakat Uighur oleh China dapat diteruskan.

Kawalan ketat ke atas Xinjiang bersebab. Dari pandangan Beijing (pusat pemerintahan China), wilayah tersebut adalah aset yang paling berharga. Pertama kerana lokasinya yang strategik dengan Asia Tengah hingga dikatakan sebagai laluan emas. Manakala yang kedua, wilayah itu paling kaya kerana mempunyai simpanan munyak dan gas asli yang banyak. Dipercayai terdapat 8 trilion tong gas asli dan minyak yang masih lagi tersimpan di sana.

Meskipun Xinjiang dikatakan wilayah paling kaya, namun industri petroleum yang diusahakan tidak banyak membawa manfaat kepada masyarakat Uighur. Sebaliknya kerajaan China dalam usaha yang begitu licik, membawa lebih ramai etnik Han ke wilayah itu dengan alasan untuk memajukan ekonominya. Kemasukan beramai-ramai itu telah menyebabkanterdapat jurang ekonomi yang sengaja diwujudkan antara puak Uighur dan Han. Etnik pendatang menguasai sebahagian besar jawatan penting di dalam kerajaan, perusahaan minyak dan gas, pertanian dan politik.

Jika pada tahun 1949, hanya 6 peratus sahaja etnik Han yang berada di wilayah itu. Namun perubahan dasar yang dibuat oleh kerajaan menyebabkan populasi Han bertambah menjadi 40 peratus pada 1978. Hari ini, jumlah penduduk Han semakin meningkat di wilayah tersebut. Manakala 45 peratus lagi adalah etnik Uighur. Keadaan ini menjadikan mereka warganegara kelas kedua di tanah air sendiri malah menjadi mangsa diskriminasi dari segi ekonomi dan juga pendidikan.

Perasaan marah antara Uighur dan Han tidak pernah padam. Hinggakan kanak-kanak berusia 10 tahun berasa bangga menjadi puak Han. Mereka menyanjung tinggi bapa revolusi China, Wang Zhen dan menganggapnya hero kerana telah membunuh ramai orang Uighur. Sikap itu ditanam di dalam setiap jiwa orang Han.

PENINDASAN HAK ASASI

Selepas 11 September, China bagaikan mendapat mandat baru bahawa usahanya memerangi Uighur berada pada landasan yang betul. Kerajaan menggunakan idea memerangi pengganas AS, untuk mengetatkan kawalan terhadap Xinjiang. Apa saja tindakan yang dikenakan ke atas Uighur dilakukan atas tiket memerangi pengganas Muslim.

Tambah tersenyum lebarlah kerajaan China apabila AS dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Parti Islam Turkestan Timur (ETIM) sebagai kumpulan militan pengganas pada 2002. Pihak berkuasa menggunakan senarai itu sebagai bukti adanya ancaman pengganas. Chin amerasakan dirinya mangsa keganasan, terang-terangan mengeluarkan kenyataan bahawa puak pemisah, pelampau adalah kumpulan Al-Qaeda versi China.

Sebagai tanda sokongan terhadap China yang mendukung misi memerangi pengganas, AS membekukan semua aset ahli ETIM di nagara tersebut. Sebelum itu kerajaan China sememangnya telah menyenaraihitamkan empat kumpulan aktivis Islam iaitu Pergerakan Islam Turkistan Timur (ETIM), Pertubuhan Pembebasan Turkistan Timur (ETLO), Kongres Pemuda Uighur Dunia (WUYC) dan Pusat Informasi Turkistan Timur (ETIC) sebagai pengganas. Bukan itu sahaja, 11 orang pemimpinnya juga dilabelkan sebagai ketua pengganas atas dakwaan kumpulan itu telah mendapat latihan ketenteraan dari puak Taliban dan sedang memperjuangkan kemerdekaan sebuah negara Islam di Xinjiang.

Kesukaran China untuk mematahkan semangat perjuangan Uighur ekoran kesemua pemimpin yang dilabelkan sebagai puak pemisah dan pegganas beroperasi dari Jerman dan Turki. Pihak berkuasa juga mendakwa Chechnya dan Afghanistan menjadi tempat untuk melatih pengganas Uighur. Atas kebimbangan itu China telah meminta bantuan semua kerajaan di dunia bekerjasama untuk ekstradisi mereka.

China mendakwa ETIC adalah pihak yang bertanggungjawab merancang serangan bom pada Mac lalu yang telah memusnahkan rangkaian keretapi dari Gansu dan Xinjiang. Selain itu, ETIC juga menggunakan internet untuk menyebarkan dakyah pengganas.

Dalam satu kenyataan yang lebih berani, kerajaan China menyatakan bahawa ETIM dan ETLO menerima dana berjuta dollar AS dari Osama Laden. Kesemua dana itu dikatakan digunakan untuk menjalankan aktiviti pengganas dan menyebarkan ekstremis agama. Walaubagaimanapun semua dakwaan itu dinafikan oleh pergerakan itu, namun itulah cara China untuk menguatkan kawalannya ke atas etnik Uighur.
LARANGAN DEMI LARANGAN DIKUATKUASAKAN

Baru sahaja semalam (3 September 2009) jika kita membaca di akhbar tempatan ada melaporkan bagaimana di dalam bulan Ramadhan ini kerajaan China melarang umat Islam di Xinjiang berpuasa. Malahan sesiapa yang berpuasa akan ditangkap dan diambil tindakan undang-undang. Lebih melampau lagi, Kerajaan China dengan "baik hati" sanggup menyediakan makanan secara percuma bagi memastikan umat Islam makan di bulan Ramadhan. Kepada pengusaha-pengusaha restoran pula diwajibkan membuka restoran seperti biasa, dan jikalau mereka ini ingkar tindakan menarik balik lesen akan dikenakan kepada pemilik restoran. Begitulah 'dahsyat'nya penderaan China terhadap rakyat Islam di Xinjiang.

Tarikh 11 September dijadikan sebagai suatu alasan dan titik kawalan ketat terhadap umat Islam di Uighur untuk mengamalkan agama termasuk berpersatuan, berhimpun dan menampilkan identiti. Semua ini dilarang oleh pihak Kerajaan China.

Lebih keterlaluan apabila kerajaan memilih siapa layak menjadi ulama, pemimpin dan imam di dalam Islam. Pihak berkuasa juga menentukan ayat Al-Qur'an yang mana boleh digunakan dan yang mana tidak sesuai digunakan oleh orang Islam Uighur. Penguatkuasaan undang-undang dan polisi mengamalkan agama Islam bukan sahaja tertakluk di sekolah dan pejabat kerajaan. Tetapi juga melibatkan kehidupan harian Uighur sehinggakan ibu bapa juga dilarang terlibat di dalam aktiviti agama.

Larangan mengamalkan agama Islam sudah 60 tahun berlangsung di Xinjiang tetapi ia lebih menyakitkan sejak 11 September. Tekanan yang dikenakan ke atas Uighur semakin hebat seperti yang dilaporkan oleh Amnesty International dan kumpulan hak asasi manusia.

Pegawai keselamatan akan meronda setiap malam ke asrama pelajar untuk memastikan mereka tidak menunaikan solat dan berdoa seperti larangan yang telah ditetapkan. Bermacam-macam lagi larangan yang dikeluarkan termasuk larangan berpuasa di bulan Ramadhan sebagaimana yang saya ceritakan tadi, tidak boleh belajar Al-Qur'an atau pun menghadiri kelas agama. Malah ditetapkan, hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang dibenarkan menghadiri kelas agama dan mempraktikkan ajaran Islam.

Pihak tentera mengawal ketat masjid. Imamnya mesti dilantik oleh parti Komunis Xinjiang dan khutbah yang dibaca pada hari Jumaat akan diterjemahkan oleh 'orang' kerajaan agar tidak ada penyebaran dakyah yang mengutuk kerajaan atau memperjuangkan Islam. Mereka yang berkhidmat dengan kerajaan tidak dibenarkan masuk ke masjid menunaikan solat. Malah tidak boleh berpakaian mahupun menyimpan janggut yang mencerminkan identiti agama.

Setiap kali hari Jumaat tiba, jemaah akan berkumpul di hadapan masjid dan merayu-rayu kepada tentera yang berkawal di hadapan masjid supaya dibenarkan bersolat di dalam masjid. Ada kalanya rayuan itu hampa dan jemaah terpaksa pulang ke rumah menunaikan solat sendirian.

Menjelang saja pagi Jumaat polis anti rusuhan akan berkawal di semua jalan ke masjid dengan diawasi oleh helikopter. Pagi-pagi lagi notis sudah ditampal di pagar masjid dan tertera perkataan "masjid ditutup sementara untuk solat". Sesiapa yang mengamalkan agama dianggap pengganas kepada kerajaan.

Kawalan dan pengawasan yang ketat juga dilakukan ke atas buku-buku sejarah Xinjiang yang tidak selari dengan versi sejarah komunis China. Semua buku sejarah tentang ketamadunan dan asal usul Uighur diharamkan.

Menurut Nicholas Becquelin dari Human Rights Watch, Hong Kong, orang Uighur yang cuba mempamerkan identiti budaya dan mempraktikkan agama secara terang-terangan akan ditangkap tanpa soal. Hukuman penjara dijatuhkan tanpa bicara di dalam tempoh yang lama atas tuduhan menjadi pengganas dan puak pemisah.

Lebih menyedihkan, sesuatu rusuhan atau keganasan yang berlaku kerajaan akan terus menyalahkan Muslim Uighur. Sesiapa yang disyaki terus ditangkap, dipenjarakan dan dibawa ke kem tahanan untuk melakukan kerja paksa. Layanan buruk itu hanya kepada masyarakat Uighur sahaja tetapi tidak kepada etnik lain. Ramai yang berpendapat China takut kepada Islam dan sentiasa berfikir bagaimana untuk menghancurkan Muslim.

Satu perkara lagi yang paling tidak disangka tetapi ramai yang mengetahuinya. Padang pasir Lop Nur yang terletak di Xinjiang, secara zahirnya tidak ada sebarang kepentingan kepada kerajaan China. Namun kawasan tandus itu dimanfaatkan oleh China untuk menjalankan ujian senjata nuklearnya, Memang telah dikenalpasti, China adalah negara yang aktif mengusahakan senjata tersebut.

Ujian bom hidrogen pertama dilakukan di kawasan padang pasir itu telah menyebabkan pencemaran radioaktif yang teruk kepada sumber air dan tanah di Xinjiang. Akibatnya ramai penduduk tempatan menghidap kanser, kecacatan bayi dan banyak lagi penyakit berkaitan dengan pencemaran radioaktif. Yang menjadi mangsanya siapa lagi kalau bukan puak Uighur.

Sudahlah begitu, polisi mengehadkan kelahiran yang diamalkan oleh kerajaan dan menggalakkan pengguguran, menjadikan Xinjiang bukanlah syurga untuk umat Islam. Tidak ada ruang langsung untuk sebuah kehidupan di sana.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika China mengambil kesempatan mempertahankan pemerintahan kuku besinya serta meneruskan agenda politiknya seperti kebanyakan negara lain selepas peristiwa 11 September. Walaupun nampak biadap, keras, kejam dan bertentangan dengan peraturan tapi alasan memerangi pengganas tidak ada siapa berani bersuara.

Apabila kumpulan hak asasi manusia dan PBB bersuara tentang layanan kejam yang diterima Uighur, kerajaan China akan memberikan alasan yang boleh dijangka. "Mereka adalah pengganas dan merancang kekacauan serta melanggar hak asasi manusia etnik lain. Kawalan yang dijalankan oleh China bertujuan menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa." KES TUTUP!!

Renung-renungkan semoga negara kita tidak menjadi seperti ini!!!



Disediakan oleh :






Syamsul Amri Ismail
Presiden ADAM

Rabu, 2 September 2009

Zuckerberg Guna FACEBOOK Untuk Tentang Islam!

Fenomena facebook di seluruh dunia semakin pesat. Zaman ini, sesiapa yang tidak tahu tentang facebook dikategorikan sebagai buta IT. Benarkah? Terpulanglah kepada anda. Tetapi sekadar berkongsi maklumat, apa sahaja bahan yang hendak dicari, anda hanya perlu sentuh skrin maklumat yang terbentang.

Jika kita pergi Kafe Siber, pasti kebanyakannya kini sedang melayari laman facebook

Kembali kepada fenomena facebook, tahun lalu pengguna tetapnya 140 juta orang. Tetapi baru-baru ini facebook mengeluarkan kenyataan, penggunanya meningkat ke 240 juta orang. Satu angka yang cukup besar dalam tempoh setahun. Jadi tidakhairanlah jika facebook boleh menjana pendapatan hingga AS$ 300 juta pada tahun 2008. Lantaran sambutan yang menggalakkan, serta keuntungan yang lumayan, syarikat gergasi Microsoft telah membeli 1.6 peratus kepentingan facebook yang bernilai AS$ 240 juta pada tahun 2007. Bagaimanapun, pengasasnya Bill Gates salah seorang yang turut melayari facebook mengambil keputusan untuk menutup halamannya ekoran 10,000 orang yang tidak dikenali, berminat untuk menjadi kawannya. Terbaru, syarikat Russia, Digital Sky Technologies pula melabur sebanyak AS$ 200 juta dalam web tersebut dan menjadikan nilai syarikat itu meningkat sebanyak AS$ 15 billion.

Bagaimanapun, dalam keghairahan melayari facebook, kerajaan Iran pada 23 Mei 2009 mengambil keputusan menyekat akses facebook sempena pilihanraya presiden. Tujuannya, menghalang para penyokong calon yang bertanding menggunakan halaman web itu untuk berkempen. Tindakan negara Iran itu turut disusuli oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengharamkan facebook melalui fatwa yang dikeluarkan pada Jun yang lalu. Hujahnya, laman web berkenaan menjadi penyebab kepada berlakunya perlakuan tidak senonoh dan seks sebelum nikah.

Pun begitu, sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza.

Antaranya blog majelis fathul hidayah yang mendedahkan pemilik kepada laman web tersebut. Daripada kajian yang dilakukan, facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg, seorang graduan Sains Komputer dari Universiti Harvard. Zuckerberg adalah anak pasangan Yahudi, Edward dan Karen Zuckerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang doktor gigi manakala ibunya pakar perubatan. Zuckerberg dikatakan seorang yang genius komputer sejak kecil lagi. Malah diceritakan, ketika berusia belasan tahun dia sudah pun mencipta satu permainan komputer yang dinamakan Risk dan permainan muzik, Synapse. Ketika facebook dilancarkan pada 4 Februari 2004 dari bilik asramanya, tujuannya untuk memudahkan mahasiswa Harvard berhubung antara satu sama lain. Bagaimanapun atas permintaan ramai ia dikembangkan ke universiti di sekitarnya.


APA KAITAN ZUCKERBERG DENGAN ISRAEL?


Semasa di Universiti Harvard, Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yang aktif. AEPi ini adalah pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yang kuat di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yang pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel. Pertubuhan persaudaraan Yahudi ini membuka keahliannya kepada seluruh pelajar berbangsa Yahudi di AS. Asas utama pertubuhan ini, adalah untuk membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa Yahudi sekaligus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang yang benar memahami idea, nilai dan etika Yahudi.

Inilah dia Mark Zuckerberg

Manakala laman blog Rizki Yudhistira seorang pakar IT, memetik kata-kata yang dilontarkan oleh Joel Leyden yang memanfaatkan sepenuhnya facebook untuk menyokong tentera Israel semasa peperangan di Gaza. Siapa sebenarnya Joel Leyden? Dia adalah wartawan, pemilik Israel News Agency dan mencipta laman web komersil pertama Israel. Selain itu dia juga membuka laman web untuk Perdana Menteri Israel dan tentera Israel.

Leyden mencipta facebooknya sendiri tiga jam selepas serangan pertama yang dilancarkan Israel ke atas Gaza. Menerusi facebook dia membakar semangat tentera Israel yang mempertahankan sempadan dan kedaulatan Israel. Ia menjadi medan perbincangan dan hamburan kata-kata semangat untuk tentera serta orang Israel.

Kenalan menyertainya mencapai 17,000 pada 30 Disember tahun lalu. Leyden mengambil peluang menggunakan facebook ini untuk mempengaruhi dunia bahawa Israel mempertahankan negaranya dari serangan pengganas Muslim di Semenanjung Gaza. Berserta dengan video You Tube, Leyden cuba memberikan penerangan lebih jelas kenapa Israel perlu melancarkan perang ke atas penduduk di Gaza yang dilabelkan sebagai pengganas Islam.

Lain pula kisahnya di Indonesia. Kumpulan Cyber Jihad yang diketuai oleh Muhammad Jibriel atau lebih dikenali sebagai Prince of Jihad yang memperjuangkan suara Islam dan jihad di dalam dunia cyber, akhirnya tidak 'diizinkan' untuk melayari laman web tersebut. Suaranya yang cukup lantang, telah menarik perhatian pihak pengurusan facebook untuk menutup akaun milik Kumpulan Cyber Jihad dan Arrahmah seperti yang dilaporkan oleh Eramuslim.com dan Arrahmah.

Di Indonesia, facebook yang dikendalikan oleh kumpulan Arrahmah dan Cyber Jihad mempunyai keahlian yang paling ramai. Mereka tidak terkejut apabila facebook milik pejuang Islam itu ditutup kerana sudah maklum bahawa laman web sosial itu milik Mark Zuckerberg yang juga anggota Alpha Epsilon Pi.

Soalnya, kenapa facebook milik Leyden tidak disekat tetapi facebook milik Cyber Jihad dan Arrahmah disekat? Sedangkan kedua-duanya mempunyai tujuan yang hampir sama iaitu membakar semangat pejuang masing-masing?


BAGAIMANA FACEBOOK MENDAPAT UNTUNG?


Menurut Rizki, pendapatan utama facebook datang dari iklan yang banyak dipaparkan. Dari penelitiannya iklan yang terdapat di dalam facebook mempunyai sistem berbeza-beza. Misalnya menggunakan kaedah CPC (cost perclick) sekali klik $0.50. Jika dalam masa satu hari ada 1,000 orang yang klik pada iklan itu maka facebook akan memperolehi $ 500. Itu baru satu iklan, cuba bayangkan jika ada 10 atau 20 iklan. Jumlahnya kiralah sendiri.

Jika itulah jumlah wang yang diperoleh, anda boleh membayangkan berapa pula disalirkan untuk membiayai peperangan di Gaza. Lebih malang, sebahagian keuntungan itu disumbang oleh orang Islam. Dengan klik sahaja pada facebook kita turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza.

Fikir-fikirkanlah......




- EDITOR -



TAHUKAH ANDA


* Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York.

* Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan senarai profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran

* Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008' sebaris dengan nama Barack Obama.

* Majalah Forbes Top 400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke 321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008.

* Mark Zuckerberg, CEO facebook adalah merupakan ahli aktif kepada sebua pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi (AEPi).

* Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi.


APA AEPi?


* Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

* Juga bertujuan mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi di peringkat Sekolah Tinggi dan bidang pekerjaan.

* Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga dari sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin Yahudi pada masa depan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

* AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel.

* AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifetime, Holocaust Museum, dan Gift of Life.


* Sekadar renungan ....................

Selasa, 1 September 2009

DUN Kota Siputeh: ADUN Kekal… Tiada Pilihan Raya Kecil

TAK ADA PILIHANRAYA!!! Setelah bermesyuarat hampir sehari suntuk pada Selasa, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memutuskan kerusi DUN Kota Siputeh Kedah masih disandang oleh Datuk Abu Hasan Sarif yang dimenanginya pada Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, dalam kenyataan akhbarnya, berkata, setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan, di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, SPR memutuskan bahawa mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan.

Sebaliknya, ia adalah dua mesyuarat berturut-turut untuk dua penggal yang berbeza (tempoh masa antara penggal persidangan pertama dan kedua ialah tiga bulan 20 hari).

Dalam kenyataan akhbar itu, Aziz menegaskan surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN berkenaan diterima sah oleh SPR dan kegagalan ADUN itu menghantar surat lebih awal (selewat-lewatnya 9 Ogos 2009) tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal.

Kedudukan Abu Hasan sebagai ADUN Kota Siputeh dipersoalkan setelah SPR menerima pemakluman daripada Speaker DUN Kedah pada 17 Ogos 2009 yang menyatakan terdapat kekosongan luar jangka di bawah Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah apabila Abu Hasan dikatakan gagal hadir dalam sidang DUN tanpa kebenaran Speaker sebanyak dua kali mesyuarat berturut-turut.

Ekoran surat berkenaan, SPR telah mengadakan mesyuarat khas, Selasa bermula 10.30 pagi dan tamat pada 2.30 petang.

Dalam memutuskan isu ketidakhadiran di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut, takrif perkataan “mesyuarat”, “penggal persidangan” dan “persidangan” telah diberi perhatian dan pentafsirannya mengikut Perkara 2, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah dan Peraturan 96 Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah.

Sultan Kedah telah mengisytiharkan bahawa 19 April 2009, pukul 9 pagi sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Kelima Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah dan 9 Ogos 2009, pukul 9 pagi sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah.

Berdasarkan keadaan tersebut, kedua-dua meyuarat itu bukanlah “mesyuarat berturut-turut” (consecutive meetings) dan adalah tidak tepat jika dikatakan ADUN berkenaan tidak hadir dalam dua mesyuarat berturut-turut, sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut bagi dua penggal yang berbeza.

Berhubung isu sama ada ADUN berkenaan diberi peluang untuk menjelaskan keadaan yang menyebabkan beliau tidak dapat hadir mesyuarat pada 9 Ogos 2009, SPR telah meneliti surat daripada Abu Hasan kepada Speaker bertarikh 10 Ogos 2009 yang memohon maaf kerana tidak dapat hadir sidang dewan pada 9 Ogos 2009 dengan melampirkan surat cuti sakit daripada doktor.

SPR juga menurut Abdul Aziz turut mengambil kira kenyataan beliau telah menghantar SMS kepada Ketua Pembangkang memaklumkan ketidakhadirannya kerana sakit dada.

Dalam kenyataan akhbar itu juga, SPR menegaskan, sebelum perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah digunakan, ia hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, SPR tidak menerima sebarang makluman daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan mengenai sebarang rujukan dari Speaker ataupun ADUN Kota Siputeh itu.

Menurut kenyataan itu, di bawah Peraturan 78 Peraturan Mesyuarat Dewan, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan mempunyai kuasa untuk menimbangkan kuasa, hak dan kebebasan Dewan.

Kuasa Speaker untuk memberi kebenaran kepada ADUN tidak hadir dalam mesyuarat Dewan kerana sakit merupakan satu daripada perkara yang terangkum dalam kuasa, hak dan kebebasan Dewan.

Jelas kenyataan itu lagi, SPR berpendapat Peraturan 78 itu tidak dirujuk langsung bagi membantu SPR memutuskan dan menghilangkan apa-apa keraguan berhubung isu sama ada ADUN Kota Siputeh diberi peluang menjelaskan ketidakhadirannya. Dengan itu SPR memutuskan tidak berlaku apa-apa kekosongan pada kerusi DUN N.3 Kota Siputeh.
1/9/2009 Terbaru 4.45 petang: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tiada pilihan kecil bagi kerusi DUN Kota Siputeh Kedah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kira-kira 4.30 petang Selasa dan ditandatangani oleh Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof, SPR menegaskan, serentak dengan itu, ADUN kawasan terbabit, Datuk Abu Hasan Sarif kekal sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat kerana SPR berpendapat mesyuarat yang tidak dihadiri oleh Abu Hassan bukanlah dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal. Sebaliknya, ia dua mesyuarat dalam penggal yang berbeza.

SPR juga memutuskan, kegagalan ADUN dari Barisan Nasional (BN) itu menghantar surat memaklumkan beliau sakit lebih awal tidak menjadikan surat berkenaan terbatal dan tidak boleh diterima pakai.
Oleh : EDITOR

Politik Kekacauan Tak Bantu Rakyat Perak - KJ

IPOH, 1 Sept - Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata cubaan pembangkang untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak esok semata-mata bertujuan menimbulkan kekecohan politik.

Beliau berkata pembangkang mahu memecahbelah rakyat dengan memporakporandakan kedudukan politik negeri setelah rakyat Perak menerima pemerintahan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Mereka tidak ada hak dan bidang kuasa kerana sidang DUN yang dipanggil itu adalah oleh bekas speaker yang sudah tidak ada jawatan,” katanya kepada pemberita di sini.

Anggota DUN Tronoh V.Sivakumar, yang juga bekas Speaker, mengeluarkan notis minggu lepas mengenai persidangan DUN yang akan diadakan esok dan ini memaksa Speakar Datuk R. Ganesan membuat kenyataan meminta semua Adun supaya mengabaikan notis berkenaan.

Khairy berkata pembangkang di Perak kini terdesak kerana banyak usaha yang dijalankan oleh pentadbiran negeri yang dipimpin oleh Zambry telah membawa momentum yang positif kepada BN.

“Politik kekacauan yang dilakukan pembangkang seperti ini tidak akan membantu rakyat Perak yang inginkan kestabilan politik demi pembangunan negeri,” katanya.
- EDITOR -

Kerusi DUN Kota Seputeh : BN Tewas Kali Ke - 8 - DSAI

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiada kekosongan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh akan menjadi bahan gelak ketawa dunia sekaligus menjadikan Umno kalah kali ke lapan walaupun tiada pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi tersebut, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Walaupun tanpa pilihan raya, Pakatan Rakyat (PR) menang kali kelapan setelah menang 7-0 ke atas Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam semua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu,” kata beliau.
Keputusan SPR itu, katanya, membuktikan dengan jelas bahawa Umno tidak bersedia menghadapi menghadapi rakyat di dalam pilihan raya.

“Umno amat jelas dilanda ketakutan setelah kalah 7-0.

“Ia semakin menggeletar menghadapi rakyat ketika tsunami revolusi pilihan raya di Jepun yang menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak Perang Dunia Kedua,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Tindakan mengelakkan pilihan raya kecil di Kota Siputeh itu juga mencatat sejarah yang memperlihatkan SPR terpaksa memberikan alasan yang akan menjadi bahan tertawa dunia, katanya.

“Alasan SPR itu pasti akan menjadi bahan ketawa dunia. Alasan kartun.

“Selepas ini para kartunis bolehlah mencipta watak kartun ala Upin dan Ipin di mana Umno dan SPR menjadi watak utamanya.

“Amat malang bagi demokrasi negara ini apabila SPR menjadi watak kartun untuk menemani Umno yang menggeletar ketakutan untuk menghadapi pilihan raya dan kuasa rakyat,” katanya.

Mahfuz menyifatkan SPR sengaja mencari-cari alasan apabila mendakwa bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh kerana beliau tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza dan bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

“Peruntukan mengenai perkara itu tidak langsung memberikan kefahaman bahawa seseorang ADUN hilang jawatannya jika tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal yang sama,” kata beliau.
Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Sepatutnya, kata beliau, Umno yang mencabar keputusan Speaker yang mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukannya SPR pula yang menjadi mahkamah yang mentafsir dan membuat keputusan sebelah pihak.
Mengenai surat cuti sakit ADUN Kota Seputeh ayang diterima oleh SPR, Mahfuz mempersoalkan keengganan SPR menyiasat surat cuti sakit itu.

“Adakah ADUN tersebut mendapat surat cuti sakit? Sedangkan, akhbar Sinar Harian edisi tempatan melaporkan beliau menghadiri satu majlis pada tarikh yang dimaksudkan itu,” beliau mempersoalkan.

Mahfuz mempersoalkan mengapa SPR tidak mengambilkira persetujuan Speaker untuk membolehkan seseoran ADUN tidak menghadiri sidang DUN.

“Kalaupun ada surat cuti sakit, seseorang ADUN mesti menyerahkan surat itu kepada Speaker dan Speaker pula mesti memberi persetujuan untuk membolehkan ADUN berkenaan tidak menghadiri sidang DUN,” katanya.

Sebelum ini Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan dari Umno yang hilang keanggotaannya di dalam dewan itu.

Surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan bahawa Abu Hassan hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Seputeh selama empat penggal berturut-turut.


Oleh : Anwar Ibrahim

Orang Melayu Perlu Bersatu - Presiden ADAM

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

RAMADHAN AL-MUBARAK 1430 HIJRAH

Diam tak diam kini kita telah pun berada pada hari ke 12 Ramadhan 1430 Hijrah. Malam ini telah sampai kepada Tarawih yang ke 13. Masjid-masjid dan surau-surau telah mula berkurangan jemaahnya. Bukan perkara baru malahan inilah yang berlaku sejak dari dahulu. Malam pertama, Subhanallah, jemaah Tarawih memang luarbiasa ramainya. Mungkin disebabkan pengaruh hadith (dhaif) yang menyatakan barang siapa yang mengerjakan tarawih pada malam pertama, nescaya akan diampunkan segala dosa-dosanya ibarat bayi yang baru lahir. Ertinya, ramai juga yang sedar bahawa mereka sebenarnya berdosa. Tetapi, persoalan yang penting bukanlah kesedaran bahawa diri seseorang itu berdosa atau tidak, tetapi apa yang lebih penting ialah tentang keazamannya untuk tidak mengulangi dosanya selepas itu. Itulah masalahnya.

Dan, bukan itupun mauduk yang ingin saya utarakan pada kali ini, apa yang ingin saya bawa kepada perhatian umum adalah mengenai Ramadhan ini yang sewajarnya menjadi platform untuk semua umat manusia beragama Islam berubah menjadi seorang Muslim tanpa mengira latarbelakang kepartian serta suku kaum. Kalau Islam biarlah kita bersama. Janganlah dibeza-bezakan dengan keturunan, bangsa, suku kaum, apatah lagi konsep kepartian yang melampau.

Baru-baru ini, kita maklum dengan kekalahan terbaru BN kepada PAS di dalam pilihanraya Permatang Pasir. Kali ini tiada pula cakap-cakap tentang pengaruh PM yang kian diterima sebagaimana di Manik Urai. Kini, ramai yang sudah mulai sedar, betapa, walaupun kita tewas tipis di Manik Urai dan kalah besar di Permatang Pasir, kalah tetap kalah. Dan saya ingatkan sekali lagi, semenjak PRU 12 yang lalu, BN masih belum pernah menang lagi (kecuali di Batang Ai, Sarawak).
Saya tidak menafikan betapa berjayanya pembangkang menerusi pencapaian yang diperolehi. Morally, mereka berjaya mengenepikan pencabar mereka yang mana pada suatu ketika pernah dilihat sebagai mustahil untuk "ditumpaskan". Barisan Nasional semakin hari semakin beralasan di dalam menjawab punca kemerosotan mereka. Malahan, pembangkang sudah mula mencongak-congak posisi mereka apabila mengambil alih pucuk pimpinan negara suatu hari nanti. Apa boleh kita bayangkan nanti, PM kita Dato Seri Najib pula menjadi Ketua Pembangkang? Susah. Payah. Tapi ini tidak mustahil akan berlaku. Khir Toyo, Mahadzir Khir, Tajol Rosli, antara nama yang juga tidak pernah kita sangka menjadi Ketua Pembangkang di negeri masing-masing. Tetapi, itulah realitinya.

Inilah yang sewajarnya kita bimbangkan. Strategi memenangi semula hati rakyat perlu dilakar dan dilaksana segera sebelum segalanya sudah terlewat. Memang sukar, tetapi MESTI dilakukan. Jika tidak lihatlah segala-gala yang ditinggalkan oleh pejuang kemerdekaan kita untuk kita akan musnah begitu sahaja.

Baru-baru ini Ketua Penerangan UMNO Malaysia mendakwa, pengundi tidak keluar mengundi, dikatakan sebagai punca BN tewas pada pilihanraya di Permatang Pasir. Itu sahaja. Sedangkan soalan yang sewajarnya diselesaikan adalah, mengapa pengundi tidak keluar mengundi? Apa yang menghalangnya? Apa puncanya? Kalau ini boleh dijawab, maka dari situlah penyelesaiannya perlu diusahakan. Ini jugalah masalah pada PRU 12 yang lalu. Sudah lebih setahun berlalu, namun ia masih lagi dijadikan alasan. Itulah yang saya katakan kita perlu segera bangkit memperbetulkannya.
Barisan Nasional perlu menerima hakikat semakin hari semakin lemah daya tahannya. Yang gagah hanyalah luarannya. Dari segi batiniah nya kelihatan cukup menderita. PKR-PAS-DAP semakin besar hati dengan kejayaan mereka. Harganya? Perpaduan Nasional. Itulah harganya. Perpaduan diporak perandakan. Penyatuan dinafikan. Itulah harga yang diberi untuk 3K. Kekuasaan, Kekayaan dan Kedudukan.

Pemimpin BN masih ada yang masih belum sedar, tetap dengan lagaknya, rasa seperti seolah dirinya itu tetap diterima ramai walaupun pilihanraya sekali lagi diadakan. Mengapa saya berkata demikian, mudahnya kerana pemimpin masih lagi tetap tidak turun ke padang. Kalau semasa berkempen, setiap peti undi boleh dilawati setiap sehari satu peti undi. Mengapa setelah bergelar wakil rakyat satu peti undi, setahun sekali pun belum tentu. Inilah masalahnya. Sudah berkali ditegur, masih lagi degil. Sudah ditegur masih lagi terasa dirinya bagus. Bukanlah ini dituju kepada semua, tetapi saya tujukan khas buat wakil rakyat yang masih belum sedar.
KETIDAKSTABILAN PARTI KOMPONEN

Hari ini MIC menyaksikan perseteruan Timbalan Presiden. Harapannya agar ini tidak terus-terusan menyebabkan perpecahan parti yang mana akhirnya akan merugikan masyarakat India. Mengapa demikian, kerana setiap calon Timbalan Presiden mempunyai penyokong fanatiknya tersendiri, malahan ada yang berlindung di sebalik Timbalan sebagai tanda penentangan secara sembunyi terhadap Presiden yang telah sekian lama berada di takhta. Hakikat ketidakstabilan ini dirasai oleh dalaman parti. Indah diluaran belum tentu di dalam.
PPP pun begitu. Pertikaian yang tidak berkesudahan antara Kayveas dan Murgiah seolah juga tidak berpenghujung. Dan kedua-dua nama besar di dalam PPP ini juga mempunyai penyokong yang besar dan kapasitinya juga berupaya 'meranapkan' segala impian parti ini. Nampak masalah ini akhir-akhir ini sudah mulai reda dengan campur tangan PM baru-baru ini, namun untuk menjatuhkan hukum bahawa masalah ini sudah selesai.... rasanya jauh panggang dari api.

MCA lagilah parah episodnya. Tidak mustahil, kiranya sejarah Tun Ghafar memangku Presiden MCA terjadi sekali lagi. Pertikaian Ong Tee Kiat dan Chua Soi Lek, terus disensasikan. Ini juga tidak sihat untuk perkembangan Parti. Yang menghairankan, mengapa Chua Soi Lek dipecat, tetapi beberapa bulan yang lalu dibenarkan bertanding sebagai Timbalan. Di mana rasionalnya? Dahulu, Chua Soi Lek telah dengan rela hati meletakkan jawatan di dalam Parti ekoran skandal seksnya. Bererti Chua Soi Lek, mengundurkan diri dengan sukarela. Dan ini diterima baik oleh parti. Kemudian apabila Chua Soi Lek mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden, mengapa dibenarkan? Adakah kerana yakin beliau akan tewas walaupun bertanding? Mungkin begitu. Maka perkiraan tersebut ternyata silap.

Kemenangan Chua Soi Lek memeranjatkan semua. Maka atas dasar itu, Chua Soi Lek diterima semula, tanpa jawatan di kabinet. Bukanlah saya menyebelahi Chua Soi Lek, cumanya tindakan yang diambil tersangatlah tidak bijak malahan menunjukkan betapa tidak telitinya Ong Tee Kiat di dalam membuat keputusan. Kini ketidakstabilan MCA berada di tahap yang sangat membimbangkan.

Kesemuanya ini boleh digambarkan sebagai sejarah terburuk Politik Barisan Nasional. Dan jika ini terus dibiarkan, percayalah, akan menjadi titik tolak kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional.

KONSEP SATU MALAYSIA

Atas dasar itulah di Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkat ini, perlu kesemua pihak bergabung tenaga, bersatu hati agar Perpaduan akan sentiasa terjalin. Kita tidak mahu menjadi negara yang lemah, dan pada ketika itu, musuh negara yang menunggu peluang ini, pasti akan kembali menjajah kita semula. Harapnya ini tidak berlaku.

Sokong dan dokonglah konsep Satu Malaysia, jika tidak dibimbangi ia akan hanya menjadi sebahagian daripada sejarah dan tidak lebih dari itu, sebagaimana "Islam Hadhari" yang sudah tidak diperjuangkan lagi, "Islam Madani" yang juga sudah tidak menjadi agenda Anwar Ibrahim lagi.

Itulah pandangan saya, kalau ini boleh diubah, penyatuan boleh digembleng, saya kira, rakyat tidak akan minta apa-apa lagi. Itulah permintaan rakyat, "dari rakyat untuk rakyat, dari rakyat kepada rakyat".

Untuk orang Melayu bangunlah segera dan sedarlah. BERSATULAH WAHAI ORANG-ORANG MELAYU!! Janganlah digadai segala apa yang ada, takut nanti kita akan kehilangan kesemuanya, baik hak mahupun kuasa. Takut juga kita hilang kebebasan malahan agama dikongkong disekat oleh mereka yang menjadi musuh Islam sebagaimana yang menimpa masyarakat Uighur di negara China.

Demikianlah adanya........




















Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)




p/s: Ada juga yang bertanya apa kisahnya dengan masyarakat 'Uighur'. Ini akan saya huraikan dalam penulisan saya sedikit masa lagi, insya Allah.

Falsafah Cinta Mat Motor .... - Presiden

Bergaul dengan remaja membuatkan kita boleh terserempak dengan banyak keadaan yang menuntut kita berfikir panjang. Terkadang kita bertembung dengan satu dua pertanyaan yang mencabar pemahaman kita mengenai persepsi agama menerusi Al-Qur'an dan Al-Hadith. Remaja seringkali dikaitkan dengan aktiviti lumba motor haram atau lebih dikenali sebagai gejala Mat Rempit. Fenomena ini wujud sudah begitu lama sebenarnya. Hanya kini hal ini disensasikan.

Saya amat setuju dengan pandangan bahawa gelaran 'Mat Rempit' merupakan satu bentuk penghinaan ke atas anak-anak muda ini. Semasa saya bersekolah dulu, jenis ini digelar dengan gelaran 'Mat Motor' sahaja. Istilah 'rempit' ini menunjukkan remaja itu seperti nakal. Padahal mereka dinakalkan oleh keadaan. Betul juga pandangan ini, sebelum ini pernah seorang 'mat motor' yang saya temui menyatakan hal yang sama, di mana mereka membawa motor secara berbahaya ini ada kaitannya dengan suasana persekitaran.

Benarkah 'rempit' ini disebabkan oleh faktor persekitaran?

Mat Motor ini menyatakan contoh di dalam sukan permotoran atau lumba kereta Formula One yang disiarkan secara langsung di televisyen dan akhbar perdana pula memberikan liputan meluas mengenainya.

"Apa yang menarik tentang sukan itu ialah, kaum wanita yang mendampingin juara sukan lumba motor dan kereta itu memang cantik. Jadi kami hanya pindahkan hal itu ke dalam realiti kehidupan kami," jelas mat motor tadi kepada saya. Beliau bersungguh-sungguh menyatakan bahawa segala yang mereka lakukan itu adalah terjemahan langsung daripada suatu gambaran yang dilakukan oleh pihak pemilik media termasuk kalangan pihak berkuasa sendiri.

"Kita boleh lihat bagaimana pihak atasan sendiri mengesahkan kewujudan sukan itu di mana, semua wanita itu dibiarkan berpakaian seksi. Jadi, kaum wanita itu memang menjadi sesuatu barangan yang dipertaruhkan sebagai tontonan. Jika wanita itu bukannya satu pertaruhan, sukan itu sepatutnya dimansuhkan ataupun sukan itu diwujudkan tanpa pembabitan wanita seksi", katanya lagi.

Saya menolak andaian beliau, bahawa sukan itu menjadikan wanita sebagai kaum yang dipertaruhkan. Hujah saya, apabila nama pemenang telah diumumkan, maka bukan wanita yang diberikan kepada pemenang itu, sebaliknya mereka menggondol hadiah. Wanita cuma perhiasan. Ia bukanlah diberikan kepada pemenang itu untuk ditiduri mereka. Demikianlah saya berhujah kepada mat motor itu tadi.

Wanita dipergunakan di dalam setiap perlumbaan. Tiadakah yang sedar?

"Awak silap!" balas mat motor itu tadi. "Cuba anda perhatikan bagaimana wanita dipergunakan lalu mereka disuruh bergambar bersama pemenang perlumbaan itu?"

Saya termenung sejenak. Memang saya tidak menyangka, sejauh itu mereka telah merenung hakikat sukan permotoran dan lumba kereta. Kalau kita pernah menonton filem Fast and Furious yang dahpun sampai ke 'sequel' yang keempat, hal keseksian wanita diperalatkan, dipergunakan dan dipertaruhkan ... itu memang lebih jelas ketara.

Jika kita boleh mengambil paradigma mat motor itu tadi, sebagai cara berfikir mewakili paradigma mat motor secara majoritinya, maknanya pihak berkuasa sendiri sedang menaja kegiatan 'rempitan' secara tersirat dan secara tidak langsung sebelum ini.

"Kita memang nak tunjuk hebat kepada kaum wanita. Menang dalam perlumbaan itu adalah bertujuan menimbulkan rasa kagum ke atas wanita. Memang wanita akan lebih cenderung meminati kaum lelaki yang handal dalam beberapa segi. Jadi apa salahnya kami beraksi semata-mata untuk menarik perhatian mereka?" mat motor tadi kembali berhujah. Barulah saya faham kenapa mereka menyangkan aksi-aksi dan lagak ngeri di jalan raya itu.
Segala aksi lagak ngeri seperti berdiri di atas motosikal, mencangkung dan semua itu memang didorong oleh suatu keazaman membuak-buak supaya aksi itu dapat menarik perhatian kaum Hawa di sisi mereka.

Sehingga catatan ini ditulis, kita tidak tahu apakah pendirian persatuan-persatuan wanita termasuk Kementerian Pembangunan Wanita sendiri. Adakah mereka sedar yang sukan bermotor atau sukan lumba kereta Formula 1 itu, setidak-tidaknya sedikit sebanyak menyumbang ke arah kebejatan moral mat motor sejak dari dulu lagi.

Tetapi, ada satu perkara lain yang saya kira luarbiasa tentang diri mat motor yang saya temui tadi. Walaupun agak gila motor, tetapi beliau mempunyai cara berfikir yang ada dalam kerangka pemikiran seorang pemikir atau pengkaji. Apakah hal nya ini?

Mat motor berjiwa falsafah seperti inilah yang sepatutnya diangkat menjadi ketua. Ini kerana, mereka ini biasanya memiliki daya tahan tinggi serta mampu 'mendidik' mat motor yang lainnya ke arah nilai yang positif jika kena dengan caranya.

Kita juga tidak tahu, adakah Putera UMNO dalam pengisiannya sebelum ini pernah merancang menaikkan mat motor berjiwa falsafah sebagai ketua seperti yang dilaporkan media. Terkadang kita tertanya-tanya, dalam masyarakat mat motor, bagaimana ketua itu dipilih? Adakah ketua dipilih dengan melihat individu yang lebih handal berlumba?

Mat motor berjiwa falsafah ini, menurut saya ialah, merujuk kepada mereka yang suka berfikir dan aktif bertanya darihal kehidupan dan mempersoalkan sesuatu yang pada mereka adalah batil dan silap. Lalu, mereka cuba mencari dan menyelami apa yang benar sebagai gantian terhadap sesuatu yang mereka anggap batil itu.

Tidak semua mat motor yang suka berpeleseran dan hanya memeikirkan kehidupan yang menyeronokkan semata-mata. Oleh kerana mat motor (yang saya temubual) tadi terdidik dalam acuan agama, dia terus berbual mengenai "sejarah cinta" anbia' yang tidak terjangkau oleh kita.

"Ada beberapa kisah cinta membabitkan nabi-nabi. Yusuf dan Zulaikha, Sulaiman dan Balqis serta Musa dengan isterinya". Kata-kata itu masih berbekas di ingatan saya. Tetapi remaja itu mengakui yang dia tidak dapat memutarkan ayat-ayat al-Qur'an itu bagi mendukung hujahnya. Dia bukan orang terpelajar dalam bidang agama. Hanya, datuknya pernah bercakap mengenai hal cinta para nabi itu dalam al-Qur'an ketika dia masih kanak-kanak. Dan dia cuma menyampaikan hal itu kepada saya sebagai halwa kenang-kenangan di masa lalu. Pun begitu, dia kelihatan seperti ingin mencari jalan pulang. Hanya, remaja sepertinya tidak mampu menahan godaan wanita cantik. Mat motor tadi mengakui hakikat keremajaan yang dilaluinya kini amat kuat hingga dia tidak mampu menepis godaan keseronokan itu.

Kemudian kami pun berpisah. Seolah-olahnya remaja itu memberikan tugasan kepada saya sebagaimana seorang pensyarah memebrikan tugasan kepada seorang mahasiswa dengan harapan hal yang dikongsi bersama saya disebarkan kepada seluruh dunia agar mengetahui hakikat sebenar yang berada di dalam diri mereka. Selepas itu, saya tidak menemui mat motor itu lagi.

Hari demi hari, saya cuba menyemak percintaan tiga nabi yang diperihalkan oleh mat motor itu. Dalam surah Yusuf. Cinta dalam kategori ini ialah cinta berdasarkan syahwat yang mengajak ke arah perzinaan. Disebutkan juga, bahawa manusia jika tiada bantuan Tuhan, nescaya Nabi Yusuf juga turut terjerumus dalam bujuk rayu Zulaikha.

Dalam surah al-Qashash, disebutkan kisah cinta Nabi Musa dengan salah seorang anak Nabi Syuaib yang disifatkan oleh al-Qur'an sebagai 'malu-malu'. Sifat ini tentu juga hadir di dalam hati seorang anak dara yang masih belum biasa dengan pemuda. Akhirnya susuk Musa yang gagah itu dinikahkan dengan anak gadis yang malu-malu itu. Saya melihat, mungkin juga wujud perencanaan oleh anak gadis yang malu-malu tadi untuk menjadikan Musa tinggal bersama mereka, agar Musa boleh dijadikan suaminya.

Akhirnya kisah Sulaiman dan Balqis. Dalam surah an-Naml ini, saya melihat dari aspek lain pula. Walaupun di dalam beberapa ayat di dalam surah ini menyatakan Nabi Sulaiman cuba menunjukkan kebesaran Allah ke atas Balqis, tapi hal kekaguman itu terkait dengan citra cinta juga.

Nabi Sulaiman A.S. dengan izin Tuhan telah mewujudkan rasa kagum dalam hati Balqis ke atas dua perkara; takhta Balqis dalam istana Sulaiman dan lantai marmar yang bersinar bagaikan kolam air rupanya hingga Balqis terpesona kagum kerana kehebatan ciptaan itu.

Akibat kekaguman itu, Balqis akhirnya berkata dalam ayat berikutnya bahawa dia menyerah diri kepada Sulaiman lalu memilih tauhid. Menurut kebanyakan mufassirin yang merakamkan riwayat mereka, Sulaiman dan Balqis akhirnya berkahwin.

Meninjau isi butiran nas dalil inilah saya terkenang semula kepada Mat Motor tadi, iaitu hal menunjuk-nunjuk oleh kaum lelaki itu bertujuan menimbulkan kekaguman pada hati kaum wanita agar mereka tertarik. Dalam kes ini, kita tidak tahu adakah Sulaiman memikat Balqis dengan menunjukkan kehebatannya, sekaligus berniat dakwah juga? Saya bukanlah menyatakan begini atas pemahaman saya, tetapi saya kira beginilah tanggapan yang dipegang oleh Mat Motor tadi.

Syahadan, terkadang guru yang baik bukan sahaja yang berpakaian kemas, bertali leher dan berkot dalam dewan kuliah atau kelas. Tetapi, ada juga guru-guru yang tidak rasmi dan bergeliga pula akalnya dalam kalangan masyarakat bawahan.

Dalam kes saya, seorang mat motor telah menjadi guru secara tidak langsung dan kita mula sedar bahawa dalam dunia ini makin banyak misteri hidup yang amat sukar dan sulit sekali dibongkar dan dipecahkan. Walaupun, sememangnya diakui di dalam pandangan tersebut masih banyak perkara yang boleh diperdebatkan. Namun, apa yang penting setidak-tidaknya Mat Motor ini 'berfikir' di dalam mengesahkan tindakannya.

Siapa menyangka seorang Mat Motor juga dapat berfikir secara falsafah dan tajam pula analisis pemerhatiannya. Itu baru seorang. Barangkali, di luar sana lebih ramai yang lebih tajam pengamatan mereka ke atas makna kehidupan.


Demikianlah adanya.....Terima Kasih....
Presiden

Selangor selepas Perak : PKR Resah??

Semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pengerusi perhubungan Umno Perak, BN berjaya merampas kembali pemerintahan negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat. Najib kerja dalam dioam , Najib tidak perlu naikkan banner dan Sign Board seperti mana Anwar naikan Sign Board 16 Sept. Mungkinkah apa yang sedang rancak diperkatakan sekarang sedang rancak pula dirancang. Kita tunggu dan lihat. Beberap nama telahpun diterima dan senarai ADUN yang akan lompat Parti sama ada menjadi bebas dan menyokong Kerajaan BN telah pun di dalam tangan dan pastinya , Khalid tidak akan nyeyak tidur dan Anwar akan terus melompat lompat dengan permainan yang beliau sendiri mainkan dahulu.

Ia menjadi kenyataan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat – dua dari PKR dan seorang dari DAP – bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Apabila Umno melakukan rombakan kepimpinan peringkat negeri pada 24 April lalu, Najib mengambil alih pula jawatan pengerusi Umno Selangor.

“Jika kita masih ingat apa yang berlaku di Perak, maka kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa Selangor adalah sasaran Najib seterusnya. Beliau berjanji akan merampas semula Selangor, dan beliau mungkin dapat melakukannya,” kata pensyarah antropologi dan sains sosial Universiti Malaya, Noor Sulastry Yurni Ahmad.

Berbeza dengan pergelutan di belakang tabir sebelum tumbangnya kerajaan Pakatan di Perak, Najib telah mengisytiharkan niatnya secara terbuka untuk ‘merampas semula Selangor, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Selangor pada 9 Ogos lalu. Anwar baru tahu pukulan Najib sememangnya tepat dan tajam , sekali kena terseliuh leher Anwar.

Kenyataan perdana menteri itu telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin Pakatan dan masing-masing mengambil langkah untuk memastikan tiada wakil rakyat mereka melompat parti. Senarai nama telah diesarkan dan yang pastinya kesemua yang dihubungi oleh badan tertentu menyatakan hasrat mereka untuk melompat Parti.
Namun, langkah tersebut mungkin sudah terlambat kerana ADUN Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah tidak dapat dikesan.

Sepertimana yang berlaku di Perak, ADUN terbabit pada kebiasaannya ‘hilang’ sebelum muncul semula untuk mengumumkan mereka telah keluar parti. Inilah yang berlaku dalam kes ADUN Perak – Jamaluddin Mohd Radzi, Osman Jailu, Hee Yit Foong dan Nasharuddin Hashim.

Dengan mengambilkira ‘kehilangan’ Badrul Hisham dalam kontak ini, nampaknya usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Selangor mungkin sudah lama berjalan, walaupun Najib baru membuat pengumuman.
- EDITOR -

Tee Keat Calls for MCA EGM

KUALA LUMPUR, Aug 31 (Bernama) — MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat has called for an extraordinary general meeting (EGM) of the party, a week after the party had sacked deputy president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Ong issued the directive to party secretary-general Datuk Wong Foon Ming this morning, said Ong’s political secretary Simon Lim.

Wong, when contacted, confirmed that he had received the directive from Ong to convene an EGM within 30 days and that he was in the process of fixing the date.

“We are still fixing the date, time and venue of the EGM. I hope we can fix all these by later today and the notice can be issued tomorrow,” he told Bernama.

The agenda of the EGM has not been fixed yet, but Bernama learnt that high on the list is the seeking of the delegates endorsement of the presidential council’s decision sacking Dr Chua as well as a vote of confidence for Ong on his leadership.

Ong’s decision to call for an EGM comes in the wake of protests by Dr Chua’s supporters who have launched a signature campaign among the party’s delegates to call for an EGM.

Under the party constitution, an EGM can be called in three ways — requisition by one third of the delegates, directive from the party president, or requisition by one-third of the party’s central committee members.
Party insiders said the EGM was likely to be held after Hari Raya Aidilfitri and that the possible date could be Sept 27 as the party president has arranged a series of briefing to party leaders, delegates and members until the middle of next month.
The EGM would be the third since the party held the “infamous” EGM on June 24, 2001 to endorse the purchase of Nanyang Press Holdings Bhd by the party’s investment arm, Huaren Holdings Sdn Bhd.
The party had held an EGM on May 27, 2007 to amend the party constitution to provide for the postponement of party elections before last year’s general election and on Nov 19, 2004 to endorse an amendment to the party constitution that limits to 2,400 the number of central delegates to the general assembly.
Dr Chua, in an immediate reaction, told Bernama that he would wait for the party to set the agenda before deciding whether his supporters should participate in the EGM called by the party president.
“We don’t know what the agenda is. Wait until they have cleared the agenda. If it’s good for party, then we will let the delegates to decide,” he said.
However, he criticised Ong for sending a “wrong signal and confusing the party grassroots” by calling the EGM.
“When I was sacked, their supporters criticised me and my supporters for pushing for an EGM, saying that my supporters’ efforts will divide the party. Now, less than five days later, he himself calls for an EGM. No consistency,” he said.
Dr Chua claimed that Ong has been using the Port Klang Free Zone (PKFZ) issue to create what he terms as “individual heroism” when actually the decision to make public the PKFZ audit report was a Cabinet decision.
Party observers said there were two possibilities after this: Dr Chua’s supporters might participate in the EGM called by the president or call for another EGM on their own if they were unsatisfied with the agenda set by the party secretary-general.
“If they participate, then we would only see one EGM. If they have two EGMs, then we would see the repeat of what happened in the PPP recently,” he said.
Meanwhile, Wanita MCA chief Datin Paduka Chew Mei Fun said the proposed EGM was a good approach to give the delegates the opportunity to give their views on the expulsion of Dr Chua.
The outcome of the EGM would be referred to lawyers to determine whether it had adhered to the provisions of the party constitution, she said when met after she had attended the “88 Taiwan Typhoon Memorial” at the Chempaka Buddhist Lodge in Petaling Jaya.
- BERNAMA NEWS -