Sejak dari kecil lagi kita terdidik menganggap diri kita, budaya kita, negara dan bangsa kita adalah yang terbaik berbanding yang lain. Kita dididik sebegitu dengan tujuan bagi menghargai budaya, masyarakat, dan negara kita sendiri.
Namun begitu, sifat ini yang kita panggil sebagai Ethnocentrism sedikit sebanyak semakin membesar dalam diri kita hinggakan kita memandang rendah dan hina budaya bangsa lain. Fahaman Ethnocentric di dalam masyarakat Malaysia ini mampu menjadi bara yang membakar di dalam sekam padi, memupuk rasa benci pada bangsa lain, memandang hina budaya kaum lain, hingga akhirnya menatijahkan permusuhan antara kaum, seperti yang terjadi di dalam Peristiwa 13 Mei 1969 dan Rusuhan Kampung Medan.
Peristiwa 13 Mei 1969 yang sepatutnya menjadi titik tolak pencarian persefahaman antara kaum-kaum di
Islam Sebagai Cara Hidup
Saya melihat di dalam situasi ini Islam menjadi jalan tengah kepada penyelesaian isu perkauman yang timbul ini. Sebelum itu, jom kita tinjau-tinjau sirah Islam dan berjalan menyelusuri jejak langkah Rasulullah tercinta.
Di zaman sebelum kedatangan Islam, Bangsa Quraisy selaku bangsa yang menguasai Makkah bagi urusan haji dianggap suku yang paling mulia, hinggakan selalu sahaja berlaku pergaduhan antara suku kaum. Antara yang termasyhur dicatat dalam sejarah ialah pertelagahan untuk meletakkan kembali Hajarul Aswad selepas banjir besar melanda Makkah. Berkat kebijaksanaan Rasulullah SAW maka terhindarlah pertumpahan darah antara suku-suku kaum di
Apabila Rasulullah SAW mula mengembangkan dakwah Islam, bangsa-bangsa hamba abdi seperti Bilal bin Rabbah, Zunairah, Ammar bin Yasir sekeluarga merebut peluang menganuti agama suci ini kerana mereka melihat di dalam agama Islam tidak terdapat sebarang ajaran sesuatu bangsa adalah lebih mulia berbanding satu bangsa yang lain. Golongan pendatang seperti mereka dan di Madinah kemudiannya seperti Salman Al-Farisi yang berbangsa Parsi menerima Islam dengan hati yang terbuka, namun ditentang oleh mereka yang Ethnocentric
Strategi Rasulullah selaku seorang ahli politik yang bijak juga dapat dilihat apabila mengarahkan sahabat-sahabat berhijrah ke Habsyah (
Apabila berlaku penghijrahan ke Madinah juga, Rasulullah tidak memilih untuk tinggal di rumah pembesar-pembesar kaum, namun membiarkan instinct unta tunggangan baginda yang menentukan. Bukan bermakna baginda percaya pada haiwan, namun naluri haiwan dipercayai tahu siapa yang berhati mulia ditambah dengan petunjuk dari ALLAH maka unta baginda berhenti di rumah Abu Ayub Al-Ansori. Ternyata tuan rumah itu sememangnya berhati mulia dan selayaknya menerima tetamu semulia Baginda Nabi. Sekali lagi Rasulullah skor, 2-0.
Pelbagai lagi peristiwa sorotan sejarah Islam yang boleh kita ambil iktibar, namun cukuplah kita berpegang pada ayat ALLAH, “Orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa.” Taqwa bukanlah satu nilaian yang boleh dikira dengan meletakkan warna kulit, bangsa mahupun dinilai melalui pakaian.
Menilai Taqwa
Timbul persoalan, di dalam masyarakat berbilang kaum di
ALLAH juga berfirman dalam Quran bahawa manusia dijadikan dari pelbagai bangsa agar dapat berkenal-kenalan dan berasimilasi antara satu sama lain. Penyelesaian telah diberikan oleh Pencipta Manusia, maka terpulang pada manusia bagaimana untuk mentadbir dan mengurus alam. Seumpamanya pencipta telefon bimbit menyertakan manual cara-cara penggunaan telefon itu bersama apabila dibeli untuk sebagai panduan penggunaan. Begitulah Maha Geniusnya ALLAH menyertakan manual panduan cara hidup di dalam Al-Quran. Ditambah dengan update firmware melalui hadis-hadis Rasulullah dan helpline dari panduan para nabi dan ulama.
Diharapkan masyarakat
Oleh - Amnikhassim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan