Khamis, 12 Mac 2009

Pertemuan bersama Anwar tiada agenda politik - Pak Lah

Tengah hari semalam saya telah dihubungi oleh seorang kawan dan bertanyakan sama ada saya tahu atau tidak Pak Lah bertemu dengan Pak lah di Hulu Langat dan telah berbincang agak lama dan berpeluk-pelukan antara satu sama lain. Berita ini mungkin disampaikan oleh kawan saya ini setelah berita ini disampaikan dari mulut ke mulut lebih dari 10 orang . tak tahu lah orang yang mana telah menambah ayat berpelukan antara satu sama lain setelah berbincang ditambah terlebih awal. Pastinya berita ini telah di tapis oleh tujuh orang pembangkang dan akhirnya berita yang saya terima adalah sedemikian rupanya, Semuanya adalah spekulasi yang mungkin sengaja diadakan oleh Anwar Ibrahim dan Anwar yang mendapat keuntungan ini dari segi mileage. Berikut adalah keterangan Pak Lah ketiak ditemui oleh wartawan di Sabah,

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan pertemuan tidak dijangka beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bermotifkan politik.Abdullah yang akan bersara selepas perhimpunan Agung Umno bulan ini juga menolak spekulasi blog sejak semalam.”Tiada perbincangan antara saya dengan Anwar. Kami bertemu secara kebetulan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pengkalan tentera laut, di Sepanjang hari ini.Abdullah berkata, beliau telah dijemput oleh seorang ulama terkenal, Ustaz Sheikh Mahmud Al-Mazjub untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul.”Saya sedang makan tengah hari bersama Sheikh Mahmud .Anwar tiba kemudian. Kami hanya berbual dan mendengar cerita daripada beliau (Sheikh Mahmud),” katanya ,Ketika ditanya bilakah tarikh rasmi peralihan kuasa beliau kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Abdullah berkata:”Sudah tentu ada tarikh. Saya sudah berbincang dengan Najib. Saya akan umumkan secara rasmi nanti.”

- TERKINI -

Tiada ulasan: