Jumaat, 29 Januari 2010

Seminar di UDM (Bengkel Debat)

Pada 29 Januari 2010 telah berlangsung satu Bengkel Debat anjuran Kelab Debat dan Orator, Universiti Darul Iman (UDM). Program ini telah dinaungi oleh Sdr. Borhan Sidqi iatu Presiden Kelab Debat UDM. Sdr. Borhan telah berpeluang menjemput Sdr. Syamsul Amri iaitu Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang kebetulannya terlibat dengan satu seminar di UDM pada hari yang sama.
.
Bengkel Debat ini telah disertai hampir semua pendebat UDM yang secara majoritinya merupakan pendebat-pendebat baru UDM. Pendebat-pendebat ini telah berkesempatan bertukar-tukar pandangan bersama Sdr. Syamsul dari segi teknikal perdebatan serta berbincang dari aspek pembukaan konsep beberapa tajuk. Sdr. Syamsul berpandangan bahawa UDM mempunyai potensi yang besar untuk pergi dengan lebih jauh lagi dalam dunia debat ini asal sahaja usaha dilakukan secara komprehensif, gigih dan berterusan serta menerima tunjuk ajar yang betul.
.
"Jika mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh, tetapi tidak mendapat bimbingan yang betul, maka mereka akan mempunyai masalah untuk berjaya di pentas pertandingan utama nanti. Tetapi, saya yakin yang mereka ini mampu membawa nama UDM agar menjadi setanding dengan pencabar-pencabar lain di persada debat universiti", ujar Sdr. Syamsul.
.
Sdr. Syamsul telah mengendalikan bengkel debat ini mulai jam 3.00 petang hingga jam 6.30 petang. Sdr. Syamsul pada sebelah awal paginya terlibat di dalam Seminar Pengucapan Awam dan Seminar Teknik Temuduga anjuran Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FLAIRSOC) UDM.
.
Sdr. Syamsul bertolak pulang semula ke KLIA dengan penerbangan di Lapangan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada jam 10.00 malam.
.
Syabas dan tahniah buat Kelab Debat UDM dan kami daripada pihak EDITOR ADAM mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua.
.
Para peserta yang sedang menunggu sebelum bengkel debat bermula
Suasana ceria sebelum bermulanya bengkel debat
Salah seorang peserta bengkel yang sempat memberikan 'pose' istimewa
Masih menanti bilik kelas untuk bengkel dibuka
Sempat berbual-bual dengan Sdr. Syamsul
Bengkel pun bermula
Bermula dengan sesi pengenalan terhadap debat
Kisah debat yang memerlukan komitmen dan pengorbanan kepada sesiapa yang bersedia untuk menjadi pendebat
Huraian berkenaan teknikal konsep turut dikongsi bersama peserta
Beberapa tajuk yang dirasakan sukar oleh peserta turut diperbincangkan
Semua memberikan fokus dan tumpuan penuh
Rata-rata pendebat baru UDM menunjukkan minat yang tinggi di dalam debat
Ada juga yang berbincang apabila ditanya oleh Sdr. Syamsul tentang pandangan peribadi mereka
Sdr. Syamsul menjawab setiap persoalan yang dikemukakan
Persoalan mengenai tajuk, teknikal dan gaya, hampir kesemuanya diterangkan dengan masa yang ada
Di antara pendebat lelaki yang turut hadir
Peluang untuk bersama Sdr. Syamsul sememangnya tidak akan dilepaskan
Setiap yang dibangkitkan, dihuraikan dengan cukup terperinci
Gabungjalin pendebat lama dan baru
Sdr. Syamsul mengharapkan usaha berterusan di kalangan pendebat sendiri
Sdr. Syamsul meminta agar perancangan latihan disusun dengan lebih awal dan diikut dengan disiplin
Di antara pendebat-pendebat lama yang turut hadir
Sdr. Syamsul menghuraikan di 'whiteboard' tentang kemusykilan beberapa tajuk yang dikemukakan oleh pendebat
Sdr. Syamsul mencuba seadanya bangi mempertingkat kefahaman pendebat
Huraian disertakan dengan contoh serta praktikal gaya perdebatan sebenar
Sdr. Syamsul berharap agar semua pendebat tidak akan putus asa di dalam usaha mencapai kejayaan
Bergambar kenangan sebaik sahaja selesai Bengkel Debat diadakan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x nak wat bengkel kt uitm ke...ktorang pendebat baru ni slalu dgr sal kehebatan abg...bnyk la...x terkira...jomla...