Selasa, 3 Mei 2011

Ceramah PRS di SEMESRA, Rembau

29 April 2011, REMBAU : Satu ceramah motivasi pembangunan pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA). Menerusi program ini ceramah bertajuk "Teknik Komunikasi Berkesan" telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah di hadapan 120 pelajar yang terdiri daripada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) daripada sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) zon selatan.

Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul mulai jam 3.00 petang hinggalah ke jam 5.00 petang. Antara lain, menerusi pengisian ini diharapkan pelajar-pelajar yang dipilin menjadi PRS ini mampu berkomunikasi dengan teknik yang betul serta memaparkan karisma pelajar selaku PRS yang mana seterusnya kemahiran komunikasi ini juga dapat digunakan di alam universiti dan seterusnya tatkala sesudah memiliki kerjaya kelak.

Sdr Syamsul yang memiliki rekod cemerlang di sepanjang pengajian akademik, pertandingan pidato dan debat di peringkat universiti dahulu banyak juga berkongsi pengalaman di dalam mencipta kejayaan di dalam bidang berkaitan pengucapan awam ini.

Adalah diharapkan menerusi program ceramah seperti ini, mampu mempertingkatkan tahap keyakinan para peserta di dalam berkomunikasi dan seterusnya dapat dilihat selaku pemimpin yang mampu memimpin di masa hadapan. Mudah-mudahan.

Sekali lagi EDITOR dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur di atas usaha mengadakan program ini khususnya buat En Mohamad iaitu kaunselor daripada SEMESRA yang telah merencanakan program ini sehingga berjaya. Tahniah diucapkan.


En Mohamad dari SEMESRA ketika Sdr Syamsul baru tiba Suasana di dalam dewan di mana ceramah berlangsung

Sdr Syamsul mula mengambil tempat bagi memulakan ceramah

Semua pelajar mula memberikan tumpuanSdr Syamsul memulakan ceramah dengan cukup tenang dan bersahajaPelbagai aksi dan gaya penyampaian di sepanjang ceramah berlangsungSuasana di dalam dewan secara keseluruhanCeramah berlangsung di Dewan Besar SEMESRA, RembauPelajar-pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Zon Selatan)Di antara pelajar lelaki ceria membincangkan apa yang sedang diperkatakan oleh penceramahSdr Syamsul berdiri selama dua jam berceramah kepada semuaSuasana yang dirakamkan dari belakang DewanLagi gambar yang sempat dirakamkanAda juga perkara serius yang dikongsi bersamaAda juga kisah yang digayakan dengan penghayatanAda juga yang ketawa bilaman ada kisah lucu yang diceritakanPara pelajar tidak dapat menahan ketawa....Pelajar lelaki turut sama ceria mendengar kisah lucu yang disampaikanSuasana ceria menerusi kisah lucu menyerikan pengisian di sepanjang ceramah berlangsungCukup ceria tanpa timbul sebarang rasa bosan Sebahagian pelajar Kolej Tunku Kushiah (TKC) yang duduk di barisan hadapanAda sahaja kisah lucu yang mencuit hatiSdr Syamsul kekal bertenaga berceramah sehingga ke minit yang terakhirSdr Syamsul memberi kupasan berkaitan tajuk agar dapat digunakan dalam kehidupan seharain oleh para pesertaSetiap persoalan yang ditimbulkan turut dijawab oleh Sdr SyamsulPara pelajar sentiasa fokus dengan pengisian sehingga ke akhirnyaSdr Syamsul juga kekal ceria tanpa sebarang tanda-tanda kepenatan apabila berceramahBeginilah suasana yang dirakamkan dari atas pentasTidak henti ketawa nampaknya....Pelajar lelaki pun begitu juga....Sdr Syamsul turut menunjukkan teknikal pengucapan awam dengan penggayaan realitinyaSuasana ceria di dalam ceramah ini kekal dari awal hinggalah ke penghujung ceramah

Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Muhammad Suhaily berkata...

Tahniah kepada semua pelajar PRS. Satu program terbaik untuk meningkatkan keyakinan diri.