Jumaat, 29 Julai 2011

Ceramah "Pengurusan Konflik Keluarga" di ILIM, Bangi

25 Julai 2011, Bangi : Satu ceramah bertajuk "Pengurusan Konflik Keluarga" telah diadakan bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

Sdr Syamsul telah menyampaikan ceramah mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang. Ceramah yang berkisar latar belakang konflik yang biasanya berlaku di dalam rumahtangga dikupas satu persatu. Pelbagai tips dan panduan dikongsi bersama peserta bagi mengelakkan pergeseran berpanjangan di dalam keluarga.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Antara penceramah yang paling menghiburkan dan berinformatif pernah saya jumpa...Syabas Saudara Syamsul..atas bakat & ilmu yang d kurniakan oleh Allah SWT..panjang umur, kita d pertemukan lagi d medan ilmu..(Salah seorang Peserta Kursus Pemantapan Pengurusan Keluarga d ILIM)

Tanpa Nama berkata...

Lupa nak wish...Selamat Menyambut Hari Puja Umur Yang Ke 34..(Saya seperti d atas)