Khamis, 22 Mac 2012

Ceramah "Elak Derita Cari Bahagia" di BHEUU, Putrajaya

23 Mac 2012, Putrajaya : Satu Program Ceramah Keutuhan telah dianjurkan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Putrajaya. Program ceramah kali ini diadakan dengan mengundang Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Sdr Syamsul telah diminta menyampaikan ceramah bertajuk "Elak Derita Cari Bahagia". Tajuk yang menarik ini telah disampaikan dengan cukup bersahaja oleh Sdr Syamsul yang mana telah berjaya menggamatkan suasana Dewan Harmoni di BHEUU ini.

Sdr Syamsul menyampaikan ceramah selama dua jam mulai jam 10.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari. Ceramah beliau nyata menarik perhatian pendengar dengan pelbagai kisah dan tauladan yang telah dikongsi bersama para peserta yang telah berkesempatan hadir pada program ceramah kali ini.

Sdr Syamsul juga dikatakan gembira berceramah di sini memandangkan inilah kali pertama beliau diundang berceramah di sini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

2 ulasan:

Unknown berkata...

sedih xsempat turun sebab tuntutan kerja yang banyak...ruginya rasa...:(

Alumni Debat Malaysia berkata...

Buat Syazfida Afzan. Berdoalah semoga dipanjangkan usia supaya dapat pula bersama menerusi slot yang lain di masa-masa yang akan datang......

- Sdr Syamsul -