Ahad, 18 Mac 2012

Ceramah "Penghayatan Gagasan 1Malaysia"

18 Mac 2012, Mambau : Satu program ceramah "Penghayatan Gagasan 1Malaysia" telah di adakan bertempat di Dewan Besar Taman Kelab Tuanku, Mambau, Seremban. Program ini merupakan salah satu acara daripada program Sukaneka 1Malaysia dan penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.00 petang.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian penutupan program oleh YAB Menteri Besar. Sebaik sahaja YAB Menteri Besar selesai menyampaikan ucapan beliau, beliau telah turun sendiri daripada pentas untuk menyampaikan bantuan kepada para menerima bantuan BR1M yang terlibat.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.


YAB Menteri Besar ketika tiba di perkarangan Dewan BesarBersama menyanyikan lagu NegarakuAksi menggayakan tangan ketika menyanyikan lagu 1MalaysiaSdr Syamsul ketika menyampaikan ceramah "Penghayatan Gagasan 1Malaysia"Hadirin dan hadirat fokus dengan ceramah yang disampaikanYAB Menteri Besar turun daripada pentas bagi menyempurnakan upacara penyampaian BR1M


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: