Selasa, 27 Mac 2012

Ceramah "Komunikasi Kekeluargaan Berkesan"

27 Mac 2012, Seremban : Satu Ceramah Kekeluargaan Islam telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan kerjasama Pasukan Unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) Negeri Sembilan. Ceramah ini merupakan salah satu daripada program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk kakitangan FRU Negeri Sembilan ini.

Ceramah bertajuk "Komunikasi Keluarga Berkesan" ini telah disampaikan oleh Sdr. Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi. Ceramah ini disertai kira-kira lebih 80 orang kakitangan FRU yang telah berkesempatan hadir.

Suasana gamat dan meriah di sepanjang ceramah tersebut berlangsung dengan pengisian serta pelbagai kisah-kisah tauladan yang dikongsikan oleh penceramahnya iaitu Sdr Syamsul yang membuat para peserta tidak kering gusi di sepanjang mendengar ceramah beliau. Beliau memberikan pelbagai tips di dalam komunikasi untuk panduan serta pedoman para peserta di dalam menempuh hidup berkeluarga.

Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: