Rabu, 7 Mac 2012

Seminar Kepimpinan Belia di Melaka

7 Mac 2012, Ayer Keroh : Seminar Kemahiran Memimpin Zon Selatan telah berlangsung di Kompleks Belia Melaka. Di antara program yang terlibat termasuklah ceramah kepimpinan yang berlangsung pada 7 Mac 2012. Program ini melibatkan 45 orang peserta yang datangnya datripada Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang mewakili belia zon selatan.

Program ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Delegasi" mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi. Dan kemudiannya bersambung pada jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang dengan tajuk "Penyelesaian Masalah dan Pembuatan Keputusan Dengan Efektif".

Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia Malaysia dan diterajui oleh Koordinator programnya iaitu En. Rashidi.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sedikit pembetulan ye Encik Syamsul...
Kursus Kemahiran Memimpin Zon Selatan Bil.2/2012 Anjuran
AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA(KEPIMPINAN) PORT DICKSON. Peserta 44 orang di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh, Melaka.
Nama pegawai : Encik Nor RAshidi bin Ramdzan

Terima kasih telah menerbitkan dlm blog ini..

Syaripah Yuliana Syed Amran
APBM, PD