Disediakan oleh : EDITOR
Rabu, 7 Mac 2012
Ceramah Motivasi Pelajar di SK Kiaramas
3 Mac 2012, Kuala Lumpur : Satu ceramah Motivasi Keibubapaan telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Kuala Lumpur. Ceramah ini dianjurkan khusus buat ibubapa para pelajar SK Kiaramas yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2012 ini.
Program ini telah diadakan mulai jam 9.00 pagi dengan sesi penerangan oleh En. Tan Chong Kak, Guru Besar SK Kiaramas. Diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh wakil PIBG iaitu Sdr Mohd Jaffny bin Jaafar.
Program ceramah Motivasi Keibubapaan ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 9.30 pagi hingga ke jam 11.30 pagi.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan