Pendedahan SURAT DAMAI Oleh Ezam. Masa Memperbetulkan Sejarah!! 15 Januari 2009 (Kuala Terengganu) - PENDEDAHAN EZAM MENGENAI 'SURAT DAMAI' yang ditulis oleh anwar adalah satu peristiwa yang cukup serius. 'surat damai' yang ditulis oleh anwar pada malam 8 september 1998 dikhusus untuk dr mahathir sebenarnya membawa kita kepada beberapa perkara penting yang perlu untuk kita 'perbetulkan' semula kerana ia melibatkan sejarah dan maruah dr mahathir itu sendiri.surat damai' ini mengajak kita mengkaji semula persepsi sejarah, dosa fitnah yang kita percayai selama 11 tahun anwar terhadap dr mahathir !
Selama 11 tahun anwar ibrahim membawa hampir separuh bangsa melayu mempercayai bahawa tun mahathir itu pemimpin paling dahsyat sezalim Firaun mahupun Hitler. Pendedahan ezam tentang 'surat damai' ini samalah tarafnya dengan pembetulan semula sejarah akan fitnah syiah yang mengatakan Ali itulah yang sepatutnya menjadi Rasul terakhir bukannya Muhammad saw !
Semalam Ezam telah mendedahkan kesediaan Anwar bin Ibrahim untuk 'melutut di kaki' Tun Mahathir. Surat rahsia yang masih di simpan dan akan di edarkan di Kuala Terengganu itu sesungguhnya membuktikan akan beberapa point yang cukup penting, dan boleh dianggap sebagai 'pendedahan memperbetulkan semula sejarah' perhitungan antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sendiri.
- Anwar dipecat pada 2 September 1998.
- Anwar sempat mengadakan demonstrasi di seluruh negara selama 18 hari.
- Anwar ditangkap di rumahnya di Jalan Setia Murni 1 pada 20 september 1998.
- Anwar ditumbuk oleh Rahim Nor pada malam itu.
Dalam siasatan Suruhanjaya DiRaja mendapati Rahim Nor bersalah..tetapi harus di ingat bahawa Rahim Nor dalam sesi soal siasat mendakwa Anwar memanggilnya 'BAPAK ANJING'.Kenapa Anwar memanggil Rahim Nor bapak anjing ?
Kerana insiden di Bukit Serene yang melibatkan seorang anggota polis di dera oleh pihak Istana dengan menyuruhnya menjaga pondok anjing di belakang istana. anwar sememangnya mengetahui akan pilu rasa hati rahim nor apabila anak buahnya diperlakukan sedemikian rupa. Maka dengan itu pada malam beliau ditahan BELIAU SENGAJA mem'provoke' Rahim Nor.
'Surat Damai' dalam ertikata umum yang cukup hangat diperkatakan ini membawa kita kepada persoalan yang cukup penting untuk diperbetulkan semula..
ANTARANYA
1) PERSEPSI TUDUHAN TUN MAHATHIR MENGATAKAN ANWAR PELIWAT SEMEMANGNYA BETUL BILA EZAM MENDEDAHKAN ANWAR IBRAHIM PADA 8 SEPT 1998 AWAL-AWAL LAGI SUDAH MEMOHON UNTUK 'BERDAMAI' SEMULA. KIRANYA TUDUHAN ITU TIDAK BERASAS DAN TIADA KREDIBILITI, MENGAPA ANWAR SANGGUP BERKAWAN SEMULA DENGAN TUN MAHATHIR SEDANGKAN TUDUHAN YANG DIKENAKAN ITU CUKUP SERIUS DAN MENGAIBKAN ?
2) TUDUHAN MENGATAKAN ANWAR AGEN ASING. 8 SEPTEMBER 1998 ANWAR SEDIA BERDAMAI. MAKNANYA DAKWAAN TUN MAHATHIR SEMEMANGNYA BETUL. ANWAR MEMANG BENAR AGEN ASING. 3) ANWAR AGEN SOROS. JIKA DAKWAAN INI BOHONG, KENAPA ANWAR SANGGUP BERDAMAI ? 4) SALAH GUNA KUASA OLEH ANWAR. Siasatan yang berjaya membongkar situasi tegang pada waktu tersebut juga menguatkan lagi akan label Anwar sememangnya pada waktu itu (8 sept 98) TELAH MENGAKU SALAH ! Insiden Anwar cuba mencabar menteri dalam negeri pada waktu itu abdullah badawi dan secara tiba-tiba (8 Sept) Anwar menghentikan siri roadshow seluruh negara menguatkan akan hujah kandungan surat damai tersebut.Begitulah adanya... kita menantikan apa pula respon yang bakal diberikan oleh DSAI selepas ini.....Dilaporkan oleh : Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail
Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia
3 ulasan:
tak paham lah abg achoi. its too complicated. Mungkin kurang ilmu kot saya ni
ikuti perkembangan terbaru alumni debat UMT di sini
http://alumni-demi.blogspot.com/
Salam..
DSAI is very suspicious one..
p/s:sangsi ku pd beliau masih menebal. apapun, perjuangan Islam sudah pun beroleh kemenangan di K.Trg.
janji Allah itu pasti. AlhamduliLlah.
Catat Ulasan