Ahad, 11 Januari 2009

Bingkisan Dari KualaTerengganu - P036 - 11/01/2009

Pilihanraya Kecil
Parlimen 036
Kuala Terengganu
Januari 2009



11 Januari 2009 (Kuala Terengganu) - Alhamdulillah,semalam selesai satu harilagi saya berada di Kuala Terengganu. Ada pun, suasana pilihanraya di Kuala Terengganu masih kekal tenang. Jika tidak disebabkan oleh poster-poster dan kain rentang pasti ramaiyang tidak menyangka bahawa di sini bakal berlangsungnya pilihanraya kecil Parlimen tidak sampai beberapahari lagi. Suasana di sini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan suasana pilihanraya di Permatang Pauh.Saya seperti biasa menjalani hidup beberapa hari ini di Kuala Terengganu sebagai salah seorang Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia yang dinaungi oleh Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib (Pengerusi Biro Penerangan UMNO Malaysia).

Tidak banyak yang berlaku pada hari ini yang dapat dilaporkan,cuma menerusi tinjauan saya terhadap pengundi-pengundi rata-rata heboh memperkatakan tentang siapa yang bakal menang? Jika saya ditanya tentang soalan ini,saya sendiri tidak memastikan apakah jawapan yang tepat memandangkan kerusi ini sentiasa memperlihatkan pertempuran sengit,dan melibatkan majoriti yang tidaklah setinggi mana.

Sepertimana biasa saya mendapat panggilan dari bilik gerakan bahawa saya ditugaskan untuk berceramah di Wakaf Beruas di DUN Wakaf Mempelam pada malam ini dan digandingkan bersama Ustaz Kamal Saidin iaitu 'pair' saya ketika di pilihanraya di DUN Batu Talam awal tahun 2007 yang lalu. Ustaz Kamal kini dilantik menjadi Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Terengganu.

Tepat jam 9.00 malam saya memulakan ceramah di sana diikuti dengan Ustaz Kamal Saidin selaku penggulung acara. Antara lain isu yang saya sentuh adalah berkaitan; isu dakwaan mengundi PAS dapat pahala, Isu janji-janji Pakatan Rakyat (PR) yang masih belum terlaksana hingga ke hari ini. Saya juga turut mengulas lanjut kenyataan TPM berkenaan betapa negara kita sejak dahulu lagi sememangnya menggambarkan imej sebagai sebuah negara kebajikan tanpa perlu di canang-canang oleh PR. Saya juga menyentuh isu kereta Camry baru yang telah dibeli oleh Kerajaan Perak dan Selangor yang diterajui oleh PR. Dan akhirnya saya turut membuat perbandingan di antara Calon BN iaitu Dato Wan Ahmad Farid dengan Calon PAS, Ustaz Abdul Wahid Endut. Selesai saya berceramah, saya sempat ke Peti Undi Gong Kapas kerana menemani Saudara Ezam Mohd Nor yang berceramah di sana. Ceramah beliau benar-benar menjadi tumpuan selepas isu "6 kotak" dibangkitkan baru-baru ini. Ceramah beliau dihadiri ribuan pendengar termasuklah yang berbangsa Cina mahupun India.
Ezam menjelaskan bahawa beliau tidak pun menyimpan kotak sebagaimana yang didakwa,tetapi mengakui bahawa ada melihatnya dan sempat meneliti isikandungan di dalam kotak tersebut. Malahan beliau turut menceritakan tentang insiden 8 September 1998 di mana beliau telah menerima sepucuk surat untuk diserahkan kepada Dr Mahathir. Surat tersebut akan memperlihatkan kepada semua siapa Anwar yang sebenar serta akan tahu betapa 'hipokritnya' Anwar. "Tetapi,saya tidak berhasrat untuk mendedahkannya buat masa ini, malah saya nak tunggu saudara Anwar sendiri mencabar saya, dan janji saya selewat-lewatnya Sabtu ini saya akan dedahkan kesemuanya", ujar Ezam.

Mendengarkan ceramah saudara Ezam membuatkan ramai pengundi mula tertanya-tanya apa sebenarnya isikandungan "6 kotak" sebagaimana didakwa,dan apakah sebenarnya isikandungan surat Anwar untuk Dr Mahathir itu? Apa pun saya melihat mungkin ini sebagai satu petanda,
bahang Pilihanraya sudah mula menghangatkan suasana di sini.


Disediakan oleh :
Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail

Penceramah Biro Penerangan

UMNO Malaysia

1 ulasan:

UzaiR Rusli berkata...

macam main pondok2 pulak satu Malaysia berubat pasal "6 kotak". Suruh ezam dedahkan lebih awal lah pasal surat tu, Abg Achoi tlg lah risik2 skit kat die.