Isnin, 1 Ogos 2011

Ceramah "Ihya Ramadhan 1432 Hijrah" di Masjid Kariah Kem Segenting

Pada 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, telah berlangsungnya satu ceramah bertajuk "Ihya Ramadhan" bersempena dengan Ramadhan tahun ini. Ceramah ini telah dilangsungkan bertempat di Masjid Kariah Kem Segenting, di Pusat Latihan Altileri Kem Segenting, Port Dickson. Ceramah berlangsung dengan ceria walaupun pada hari pertama puasa.

Penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah ini merupakan salah satu daripada siri ceramah bulanan yang diadakan oleh pihak Masjid Kariah ini. Sdr Syamsul menyampaikan ceramah kira-kira 2 jam. Ceramah Sdr Syamsul nyata menarik minat para pendengar kerana berjaya menarik perhatian dan fokus para pendengar di sepanjang ceramah beliau berlangsung.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program ceramah tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: