Isnin, 1 Ogos 2011

Ceramah "Sentuhan Kalbu" di SMAP Labu

Pada 24 Julai 2011, telah berlangsungnya program Majlis Temu Mesra Profesional Tahun 2011 bertempat di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu. Program ini melibatkan penyertaan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2011 ini. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Hasim Rusdi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Labu.

YB Datuk Hasim telah menyampaikan ucapan perasmiannya mulai jam 8.30 pagi. Program tersebut seterusnya bersambung dengan ceramah bertajuk "Sentuhan Kalbu" oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau berkongsi tips-tips berkaitan peranan ibu bapa dan para pelajar sendiri menjelang peperiksaan yang bakal mendatang. Ceramah beliau nyata tidak menghampakan apabila mendapat respon yang menggalakkan daripada ibu bapa dan para pelajar sendiri.

Dengan ini EDITOR menguucapkan tahniah di atas usaha dan inisiatif pihak sekolah bagi menjayakan program ini.

Suasana di perkarangan sekolah semasa program sedang berlangsungSuasana di dalam dewan besar semasa ceramah sedang berlangsungDisediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: