Rabu, 3 Ogos 2011
Ceramah "Keluarga Tetap Nombor Satu" di PERKEP
Satu program ceramah kekeluargaan telah dianjurkan oleh Persatuan Keluarga Polis DiRaja Malaysia (PERKEP) bertempat di Rumah PERKEP Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Ceramah tersebut terbuka kepada semua kakitangan PDRM yang bertugas di PULAPOL. Program ceramah ini dilangsungkan pada jam 9 pagi hingga ke jam 11 pagi.
Ceramah bertajuk "Keluarga Tetap Nombor Satu" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Antara lain Sdr Syamsul memberikan tips-tips kebahagiaan rumahtangga serta menekankan aspek komunikasi selaku medium terpenting keutuhan institusi kekeluargaan.
Bermulanya dengan suami isteri selaku tunjang, ianya dapat dipanjangkan pula kepada anak-anak. Nilai-nilai serta prinsip Islam banyak ditekankan di dalam ceramah beiau supaya ia dapat dijadikan sebagai sandaran untuk diterapkan di dalam keluarga masing-masing.
"Menerusi tips-tips ini, bukanlah menjadikan keluarga itu sempurna tanpa ada sebarang masalah, bukan itu, tetapi sebaliknya menerusi tips-tips ini dapat membantu setiap pasangan menjalankan kehidupan seharian sebagai satu keluarga dalam keadaan tenang, lancar dan harmoni", ulas Sdr Syamsul ketika ditanya oleh EDITOR berkaitan tujuan tips-tips tersebut dikongsi bersama pendengar.
Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak PERKEP di atas inisiatif serta usaha murni ini bagi menjalankan salah satu fungsi memantapkan institusi kekeluargaan khususnya di kalangan ahli-ahli PERKEP.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program ceramah tersebut berlangsung.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan