Khamis, 18 Ogos 2011

Ceramah "Ramadhan DiHayati, Syawal Dinanti" di HTJ

17 Ogos 2011, Seremban : Satu program ceramah penghayatan Ramadhan telah diadakan bertempat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban. Ceramah telah berlangsung di Auditorium HTJ membabitkan kira-kira 170 orang kakitangan HTJ.

Penceramah undangan kali ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk, "Ramadhan Dihayati, Sinar Syawal Dinanti". Ceramah beliau berlangsung selama 4 jam. Beliau mula berceramah pada jam 9.00 pagi hanya berehat selama 10 minit pada jam 11.30 pagi kemudian menyambung semula hingga ke jam 1.00 petang. ini merupakan pengalaman pertama Sdr Syamsul berceramah selama 4 jam secara terus, memang agak memenatkan, tetapi beliau sendiri tidak menyangka selama itu, memandangkan respon daripada hadirin yang hadir sangat menggalakkan. Kesemua peserta nyata ceria di dalam program ini memandangkan pendekatan ceramah Sdr Syamsul yang tidaklah terlalu serius dan hambar, tetapi sebaliknya penuh dengan pelbagai kisah dan perkaitan cerita bagi menggambarkan isikandungan ceramah yang disampaikan.

Beliau menggunakan 2 jam pertama untuk menyampaikan ceramah berkaitan Ramadhan dan 2 jam berikutnya berkaitan Syawal.

"Inilah kali pertama di sepanjang saya berceramah, saya berceramah selama 4 jam tanpa henti. Tambahan pula di bulan Ramadhan ini, memang kering tekak. Terasa kering tekak ni pun apabila setelah selesai ceramah. Mudah-mudahan usaha murni ini diberkati Allah jua hendaknya", ulas Sdr Syamsul yang ditanya sebaik sahaja selesai ceramah berlangsung.

Sekalung penghargaan dan tahniah daripada EDITOR buat barisan urusetia yang menganjurkan program ini, dan semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah hendaknya.

Akhir kata dengan ini EDITOR mengucapkan Selamat Berbuka Puasa dan Selamat Menyambut Aidil Fitri. Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Awanama berkata...

http://generalabout.blogspot.com/2012/07/ramadhan-dihayati-syawal-dirai.html