Ahad, 12 Februari 2012
Ceramah Maulidur Rasul di Surau Taman Jasmin, Kajang
12 Februari 2012, Kajang : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1433 Hijrah telah diadakan di Surau Taman Jasmin, Kajang. Program ini telah dianjurkan secara bersama oleh KAFA Integrasi Taman Jasmin, Jawatankuasa Surau Taman Jasmin, KRT Taman Jasmin, Persatuan Penduduk Taman Jasmin serta Jawatankuasa Penduduk Taman Bukit Kenangan.
Dengan tema "Persefahaman Asas Perpaduan", ceramah Maulidur Rasul 1433 Hijrah kali ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Sdr Syamsul menyampaikan ceramah mulai jam 8.00 malam hingga ke jam 9.45 malam.
Turut hadir ke program ini adalah Tn Hj Mohd Zaid bin Hussin, Pengurus Sekolah KAFA Integrasi Taman Jasmin merangkap Penasihat Surau Taman Jasmin, serta Tn. Hj. Che Aziz bin Chemin, Jawatankuasa Surau Taman Jasmin, Kajang.
Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pihak yang terlibat di dalam usaha menjayakan Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah ini demi mengangkat semangat menegakkan syiar Islam berasaskan semangat serta syiar yang telah dibawakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan ketika program tersebut berlangsung.
Banner program yang digantung bagi mempromosikan program Ceramah Maulidur Rasul 1433 HijrahDi antara jemaah yang berkesempatan hadir ke program ceramah iniKelihatan jemaah wanita di belakangPengerusi Majlis memulakan acaraSdr Syamsul mula mengambil tempatSdr Syamsul memulakan ceramahnyaJemaah fokus mendengar ceramah yang disampaikanAda juga yang duduk di luar mendengar isikandungan ceramahPelbagai kisah, teladan serta pengajaran yang dikongsikan bersamaSemua kekal fokus mendengar ceramah yang disampaikanJemaah wanita yang duduk hingga ke luar surauSuasana ceramah Maulidur Rasul yang meriahMajlis jamuan makan malam sebaik sahaja selesai ceramah dan Solat Isya'
Disediakan oleh : EDITOR Ihsan Foto oleh : Shameer
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam ....
rasanya KRT Taman Bukit Kenangan, ada bersama sama join sekali ... kenapa tidak dinyatakan ??
Catat Ulasan