Selasa, 24 April 2012

Bengkel Debat Ala Parlimen di MRSM Alor Gajah

22 April 2012, Alor Gajah : Satu Program Bengkel Debat Ala Parlimen telah diadakan bertempat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah. Program ini dianjurkan oleh pihak MRSM Alor Gajah menerusi penyelarasnya iaitu Cikgu Norlia. Program ini berlangsung selama sehari mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 5.00 petang. Program ini telah disertai kira-kira 20 orang pelajar MRSM yang mana kebanyakannya merupakan pendebat-pendebat baru di MRSM.

Program bengkel ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) dengan dibantu oleh beberapa orang pendebat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan juga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Turut hadir sama ialah Sdr Norhalis yang merupakan Jurulatih Debat UPNM.

Program dimulakan dengan Taklimat Teknikal Debat Ala Parlimen Malaysia oleh Sdr Syamsul. Kemudiannya program bersambung dengan demonstrasi Debat USIM menentang pasukan UPNM. Program kemudiannya turut memberi peluang kepada para pendebat MRSM Alor Gajah untuk berdebat sesama mereka sambil dinilai oleh kesemua yang hadir.

Menurut Cikgu Norlia, ini adalah merupakan program yang menjadi sebahagian daripada persediaan para pendebat MRSM Alor Gajah yang bakal bertanding di dalam Pertandingan Debat Inter MRSM yang bakal berlangsung pada 3 Mei 2012 ini.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: