Khamis, 5 April 2012

Taklimat Kehakiman Debat Piala Johor 2012

30 Mac 2012, Segamat : Satu program Taklimat dan Bengkel Kehakiman telah diadakan bertempat di UiTM Johor, Kampus Segamat bersempena dengan persediaan Program Debat Piala Johor 2012 yang bakal berlangsung pada 5 April 2012 hingga 8 April 2012. Program ini bakal menyaksikan 48 pasukan bertanding bagi merebut kejuaraan.

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah dipilih menjadi Ketua Hakim bagi pertandingan ini. Sdr Syamsul telah menyampaikan taklimat mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi.

Program ini kemudiannya telah bersambung dengan acara "Mock Debate" yang menemukan pasukan Debat UiTM Johor menentang pasukan Alumni Debat UiTM.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah di atas usaha dan inisiatif yang dijalankan oleh pihak urusetia dan kami mendoakan agar program ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program tersebut berlangsung untuk tatapan bersama.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: