Ahad, 8 April 2012

UPNM Johan Debat Piala Johor 2012 !!

8 April 2012, Segamat : Pertandingan Debat Piala Johor 2012 yang julung kali diadakan akhirnya telah melabuhkan tirainya sebaik sahaja selesai pertandingan akhir berlangsung pada 8 April 2012 bertempat di Dewan Seri Temenggung di UiTM Johor, Kampus Segamat. Pertandingan Akhir yang berlangsung pada jam 3.00 petang itu telah menemukan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) A menentang pasukan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) A.

Pertandingan Akhir ini berakhir dengan keputusan kemenangan berpihak kepada pasukan UPNM A dengan Sdr Muslim Sha'ari telah dinobatkan selaku pendebat terbaik pertandingan akhir.

Pertandingan Akhir tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan berdebat di atas tajuk, "Kekalutan Politik Malaysia, Wajar Campurtangan Luar".

Seramai 7 orang hakim mengadili pertandingan akhir ini, dengan diketuai oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Lebih bermakna lagi pertandingan akhir ini turut dihakimi oleh Dr. Zaharuddin Sani bin Ahmad Sabri yang mana beliau merupakan pengasas kepada penubuhan Kelab Debat & Pidato, Unit Interaksi & Intelektual, UiTM Shah Alam sejak tahun 1996.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Barisan Hakim yang mengadili pertemuan separuh akhir UKM A melawan UKM BDelegasi dari UiTM MelakaBarisan Hakim bersantai sebaik sahaja selesai perlawanan Separuh AkhirKelihatan Sdr Faizal sedang berbincang sesuatu dengan Sdr SyamsulBarisan Hakim semasa menanti keputusan penuh sebelum perlawanan akhir di sebelah petangJohari bersiap sedia untuk menjadi Yang DiPertua Dewan untuk pentas akhirDr Zaharuddin Sani yang baru tibaJohari mendapatkan biodata daripada Dr Zaharuddin sambil menikmati makan tengahariSuasana pentas akhir; UKM A melawan UPNM ABarisan Hakim Pertandingan AkhirDari kiri; Sdr Shameer (Eksekutif TNB), Sdr Zarinezam Ruzali (Pensyarah UiTM Melaka), Sdr Khairuan Bador (Senior Accounts Eksekutif Maxpro Sdn Bhd), Sdr Syamsul Amri (Presiden ADAM), Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (Pensyarah UUM/Pengasas KDP UiTM), Sdr Afiq (Pensyarah Akademi Pidato Nusantara) dan Sdr Nazri (Pensyarah UiTM Johor/Alumni Debat UiTM Pahang)Rektor ketika menyampaikan ucapan perasmianBarisan Hakim ketika menanti keputusan pertandingan akhir diumumkanUPNM diumumkan selaku juara Debat Piala Johor 2012Barisan Pendebat UPNM yang berjaya merangkul kejuaraanPiala Pusingan yang disumbangkan oleh Pn Fatmah Faizol, Alumni Debat UiTM Johor/Shah Alam, yang juga merupakan Setiausaha Agong ADAM yang tidak dapat hadir kerana baru sahaja melahirkan anak yang keduaBarisan pendebat UKM yang merangkul gelaran Naib JohanRektor UiTM Johor sebaik sahaja diwawancara oleh Wartawan TV AL-HIJRAHGiliran Sdr Syamsul Amri (Presiden ADAM) selaku Ketua Hakim di wawancara oleh Wartawan TV AL-HIJRAH sambil ditemani oleh rakan-rakan panel hakim yang lainBarisan Hakim bergambar bersama Yang DiPertua Dewan iaitu Sdr Johari (bersongkok) yang juga merupakan Alumni Debat UiTM JohorSumiyyah (Alumni Debat UiTM Johor) bergambar bersama pendebat UPNM bersama jurulatih mereka Sdr Norhalis (Alumni Debat UiTM Kedah/Shah Alam)Dua penjaga masa pertandingan akhirSumiyyah ber'posing' di hadapan kameraJamuan minum petang dinikmati bersamaBarisan hakim bergambar bersama para peserta di atas pentasBergambar bersama sebaik sahaja selesai majlis

Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

muslim sha'ari berkata...

pengalaman yg cukup bermakna semasa menyertai pertandingan ini kerana segala komentar daripada para hakim serta serta sahabat2 dlmdunia debat ini sangat membantu pendebat utk meningkatkan lagi teknik perdebatan masing2,,,sangat berbeza dengan debat lain..