Khamis, 5 April 2012

Ceramah "Motivasi Kejiranan" di PULAPOL Jalan Semarak

3 April 2012, Kuala Lumpur : Satu Program Ceramah "Motivasi Kejiranan" telah dianjurkan oleh PERKEP PULAPOL. Program ceramah ini telah dilangsungkan di PULAPOL Jalan Semarak. Ceramah "Motivasi Kejiranan" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah beliau telah berlangsung mulai jam 10.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Ceramah beliau menyentuh isu-isu berkaitan permasalahan sosial, kekeluargaan dan juga isu-isu kejiranan yang seringkali timbul dan membelenggu kehidupan bermasyarakat. EDITOR dengan ini mengucapkan syabas dan tahniah di atas inisiatif dan daya usaha PERKEP di dalam menganjurkan program ini. Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini dapat membuka ruang kepada para peserta mempertingkatkan sahsiah dan kualiti diri bagi membentuk kehidupan bermasyarakat yang diidamkan.

Berikut dikongsikan gambar-gambar kenangan untuk tatapan bersama.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: